Trending
“Tolongla Bagi Nasi Sekali” – Jason Jual Chicken Popcorn RM14.90, Netizen Beri Rating 8/10
Di ruangan komen, ada yang pertikaikan makanan yang didakwa ‘mahai nak mampuii’.
Harga makanan di Foodfest memang selalu menjadi topik hangat. Kali ini menu chicken popcorn oleh pempengaruh Jason pula tular.
Menerusi review yang dibuat pemilik TikTok @niuina, dia berpuas hati dengan kualiti makanan yang diberikan Jason.
Tetapi, katanya lebih baik jika set itu disediakan nasi untuk melengkapkan lagi rasa sepadan dengan harga RM14.90.
RM14.90 untuk set chicken popcorn dan sambal
Dalam satu komen, dia memuji sambal yang dijual bersama set popcorn itu dan mengajak orang lain cuba sendiri.
Sis, sambal tu sedap 8/10 lah i kasi semata nak you try pulak & lemme know after.
Service friendly, chicken popcorn masih panas walaupun dah ready awal

Selain rasa yang sedap, pelanggan turut memuji layanan mesra serta persediaan makanan yang sangat baik.
Katanya, chicken popcorn yang sudah siap awal masih panas ketika dimakan.
Service super friendly and i see how well prepared he is – chicken popcorn banyak dah ready but still masih panas when we ate it. Inside chicken pun tak overcooked, so we enjoyed it as snacking.
Sebagai penggemar ayam gepuk, dia turut mengulas rasa sambal Jason yang sedap dan pedas.
Walau harga jadi bualan, kualiti tetap menang di hati pembeli

Walaupun ada yang merasakan RM14.90 agak mahal untuk chicken popcorn tanpa nasi, komen-komen ini membuktikan makanan Jason tetap berbaloi dicuba. Patutlah dapat rating 8/10!
Ayam tak overcooked, sambal sedap dan pedas sederhana, ditambah pula dengan service yang friendly, menjadikan pengalaman pelanggan sangat positif.
Pssttt! Harga mungkin buat orang mengeluh, tapi bila rasa dan layanan padu, pelanggan tetap puas hati. Chicken popcorn Jason terbukti menang pada kualiti, bukan kuantiti. Kalau ada rezeki jumpa stall dia lagi, bolehlah cuba sambal ‘just nice’ yang ramai puji tu.
Kredit: TikTok @niuina
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM