Pernah dianggap sebagai lambang cinta sejati, rumah tangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila Hidayah dikatakan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Hidayah yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Nor berkongsi rasa mengenai ujian yang dihadapi selama ini.
Beliau dilihat sangat optimis dan tenang serta menjadikan zikir serta selawat sebagai peneman hidup.
Isteri Edika Yusof berlapang dada dengan ujian
Kak Nor tampil menjelaskan bahawa beliau tidak mahu lagi menyimpan kesedihan yang terlalu dalam dan memilih untuk berlapang dada serta berserah pada takdir.
You boleh judge secara luaran tapi yang melalui saya. Saya dah tak nak cakap apa-apa yang too deep too personal. So kita berserah, kita tengok apa yang jadi okey?
Menurut Kak Nor, sudah 19 tahun beliau menjalani hidup sebagai orang kurang upaya lumpuh separuh badan.
Walaupun begitu, beliau tetap berdikari dan tidak pernah menjadikan keadaannya sebagai alasan untuk bergantung sepenuhnya pada orang lain.
To be honest, saya sakit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mentua, mak mentua tiri yang sakit kanser.
Jelasnya, beliau tidak suka meratapi dan memilih untuk reda dengan ketentuan Allah SWT. Beliau berusaha menjadi kuat dan meneruskan hidup seperti biasa.
Walaupun dalam keadaan lumpuh separuh badan, dan diuji pula dengan kemelut rumahtangga, isteri kepada pelakon Edika Yusof ini dilihat kekal tenang, positif dan optimis. Sewaktu sesi siaran langsung di Tiktok nya semalam, Nor Hidayah Yusry berkongsi sumber kekuatannya bersama pembaca. 19 tahun berkerusi roda, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini dilihat cukup bersemangat mencari rezeki demi kelangsungan hidup walau serba kekurangan. Semoga perkongsian Nor Hidayah ini menjadi inspirasi buat semua wanita² di luar sana. #majalahnona#edikayusof#norhidayahyusri#fyp#fypage#fyppppppppppppppppppppppp#fypシ゚
Kata Kak Nor, ada pengikut bertanyakan mengenai keadaannya yang lumpuh. Ujarnya, beliau masih boleh merasai kesemutan dan kebas dari bahagian dada hingga ke kaki dan akan mengambil ubat sekiranya sakit.
I’m not strong but i used to be strong. I reda I accept, I tahu ketentuan Allah. Apa jadi I hadap, I tak suka meratapi.
Lebih mengagumkan, rupa-rupanya Kak Nor menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah semampunya.
Beliau juga mencari pendapatan dengan membuat bisnes printing di rumah. Kini, Kak Nor hanya tinggal bersama anak lelakinya yang sedang menuntut di kolej.
Dia pagi ke kolej, balik malam dari Isnin ke Jumaat. Saya pula buat kerja saya lah, saya transfer sendiri dari wheelchair. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing, grafik design. Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tonggeng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah tu semua. Apa mampu saya buat saya buat.
Kak Nor berkata lagi, beliau menggerakkan badan menggunakan tangan dan membuat rutin harian seperti biasa dari dulu lagi.
#ApaKataOhmedia
Nampak kuat betul semangat Kak Nor ini kan? Memang salute bila beliau tak menjadikan keadaan diri sebagai satu kekurangan. Siap boleh buat bisnes lagi. Didoakan semoga urusan Kak Nor sekeluarga dipermudahkan.
Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook. Rujukan kami: TikTok Nona