Oh! Artis
16 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Isteri Edika Yusof Failkan Cerai Terhadap Suami
Tiada angin tiada ribut, rumahtangga pasangan yang pernah menjadi contoh iaitu Edika Yusof dan Nor Hidayah Yusri dilaporkan kini berantakan.
Memetik laporan Gempak, isteri Edika dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya sejak pertengahan Februari lalu.
Sudah tidak tinggal sebumbung

Perkara ini disahkan oleh peguam Hidayah, Mohd Yazid Hazim yang hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada hari Isnin untuk sebutan pertama kes berkenaan.
Menurut peguam lagi, Edika sepatutnya hadir ke mahkamah namun tidak dapat berbuat demikian atas urusan kerja. Mahkamah kemudian menetapkan 23 April 2025 sebagai tarikh sebutan semula.
Difahamkan, pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung dan punca perpisahan dipercayai berpunca daripada tiada lagi persefahaman antara mereka.
Punca cerai kerana tiada persefahaman

Hidayah bagaimanapun enggan memberikan komen terperinci mengenai tindakan memfailkan cerai terhadap suaminya.
Semua tahu situasi dan keadaan saya jadi kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.
Jelas Hidayah, dia mahu mendengar penjelasan suaminya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu, Edika pernah menyentuh hati rakyat Malaysia apabila setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka 16 tahun lalu.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM