Connect with us

Oh! Media

Hilang Sejak 2023, Rupanya Mayat Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki Milik Cikgu Istiqomah

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 12t105532662

Trending

Hilang Sejak 2023, Rupanya Mayat Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki Milik Cikgu Istiqomah

Terdahulu, kecoh di media sosial seorang wanita, Istiqomah Ahmad Rozi telah dilaporkan hilang di sebuah pasaraya di Johor Bahru, pada pada 26 Disember 2023 yang lalu.

Baru-baru ini, menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat tanpa kepala, tangan dan kaki yang ditemui di dalam tong sampah disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.

Mayat tersebut telah ditemui di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu. Namun, selepas hasil siasatan dan ujian DNA, pihak polis baru mengesahkan bahawa mayat tersebut sepadan dengan Istiqomah.

IKLAN

Polis telah menjalankan siasatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan pada 2 Ogos oleh Bahagian Data Bank/ DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah ke atas ibu kepada seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 di Johor mendapati ia sepadan.

Risikan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama daripada Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak.

Difahamkan, kedua-dua individu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ohmedia ateyn featured image 2024 08 12t103733522

Beberapa orang rakan pendidiknya, telah menyampaikan ucapan takziah, serta mendoakan semoga pemergian Cikgu Istiqomah mendapat pembelaan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 12t105532662

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas