Trending
Cikgu Gunting Tudung Pelajar Kerana Tak Labuh Ditukarkan Ke Sekolah Lain
Guru gunting tudung pelajar kerana tak labuh mohon maaf.
Tular satu kes di Lahad Datu, Sabah di mana seorang guru didakwa menggunting tudung pelajar perempuan hanya kerana dianggap tidak cukup labuh.
Tindakan itu bukan saja mengejutkan ibu bapa, malah disifatkan sebagai memalukan dan boleh beri kesan kepada emosi pelajar terlibat.
Guru terbabit dah minta maaf, PPD ambil tindakan

Terbaru, Sinar Harian melaporkan guru berkenaan telah pun memohon maaf kepada ibu bapa murid.
Perkara ini disahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang turut memaklumkan guru itu telah ditukar ke sekolah lain.
Guru tersebut telah memohon maaf kepada ibu bapa murid berkenaan dan PPD Lahad Datu mengambil tindakan menukarkan guru berkenaan ke sekolah lain manakala murid kekal di sekolah tersebut.
Selain itu, gurut itu juga telah menggantikan tudung murid yang digunting.

Dalam pada itu, Datuk Raisin menasihatkan semua guru supaya lebih berhati-hati dalam mendidik dan sentiasa mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk kemampuan ibu bapa.
Kepada para pelajar pula, beliau menggesa supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pssttt! Nak tegur pelajar boleh, tapi biarlah berpada-pada. Semoga perkara macam ni tak berulang lagi dekat sekolah lain.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM