
Trending
Guna Kristal Untuk Puaskan Nafsu? Pendedahan Mengejutkan Dalam Podcast Caprice Buat Ramai Tergamam!
Program motivasi didakwa ajar guna ‘kristal’ mirip alat sulit untuk puaskan nafsu. Pendedahan dalam podcast Caprice buat ramai tergamam!
Satu pendedahan mengejutkan dibongkar dalam podcast Caprice di YouTube apabila seorang lelaki tampil menceritakan pengalaman isterinya menyertai sebuah program motivasi yang didakwa menyimpang dari norma moral.
Menurutnya, isterinya telah mengikuti program itu secara dalam talian sejak tahun 2019, namun hanya pada tahun lalu dia hadir secara fizikal.
Namun yang mengejutkan, wujud dakwaan peserta menggunakan ‘kristal’ yang sebenarnya menyerupai alat sulit untuk kepuasan nafsu!
Saya tak kisah kalau ilmu tu bagus, tapi bila dah canggah tatasusila Melayu Islam, saya mula rasa tak best… Isteri pernah cerita, ada peserta guna kristal sebenarnya ‘dildo’ untuk puaskan nafsu.
Bekas pekerja syarikat motivasi sahkan dakwaan macam dildo
Dakwaan berani itu tidak terhenti di situ apabila seorang bekas pekerja syarikat penganjur program berkenaan turut mengesahkan kenyataan itu secara terbuka dalam podcast sama.
Ya betul, ia memang macam dildo… tapi fungsi dia sama.
Perkara itu menimbulkan tanda tanya besar, adakah program yang kononnya bertujuan untuk membina semangat dan keyakinan diri sebenarnya menjadi medan aktiviti yang mencurigakan?
Netizen mula pertikai aktiviti ‘motivasi’ yang mencurigakan

Pendedahan ini mendapat perhatian ramai, terutamanya netizen yang mula mempersoalkan sejauh mana kesucian dan tujuan sebenar program motivasi seperti ini.
Ada yang menyatakan kerisauan jika lebih ramai wanita terjerumus, malah ada yang mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat kandungan program tersebut secara menyeluruh.
Pssttt! Jangan mudah terpedaya dengan nama ‘motivasi’ kalau isinya menyeleweng akidah dan tatasusila. Semak latar belakang penganjur sebelum sertai sebarang program.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
