Connect with us

Oh! Media

ibu tolak anak autisme 3 pagi

Oh! Inspirasi

“Gua Memang Jahat, Tapi Gua Hati Baik” – Lelaki Bantu Ibu Dan Anak Autisme Beli Roti Jam 3 Pagi

Tak ternilai dan terbalas jasa seorang ibu apabila sanggup keluar pada jam 3 pagi sambil menolak stroller anaknya yang juga merupakan seorang kanak-kanak autisme, hanya untuk memenuhi permintaan anak yang ingin makan roti kegemaran.

Lebih menyentuh hati apabila seorang pemuda bernama Najmi secara tidak sengaja bertemu dengan wanita itu dan mengambil inisiatif membantu mendapatkan roti kegemaran anaknya. Kisah penuh keprihatinan ini tular di TikTok dan berjaya meraih perhatian serta pujian daripada netizen.

IKLAN

“Syurga buatmu abang grab rider…” – netizen

Dalam video berdurasi 49 saat itu, Najmi terjumpa ibu bersama anaknya di tepi jalan. Menurut Najmi, wanita itu mencari roti di sebuah kedai runcit tetapi tidak menemui perisa yang diinginkan anaknya.

Tanpa berfikir panjang, Najmi memutuskan untuk membantu wanita itu dengan mencari roti kegemaran anaknya di kedai serbaneka berhampiran.

Kasihan akak ni. Saya terus ‘start’ motor cari roti dekat 7E. Semoga urusan akak dipermudahkan. Lepas saya bagi roti tu, dia sambung tolak anak dia balik rumah. -Katanya.

@nxjmxe

Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage

♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸

BACA: Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia

Bila soal ibu dan anak, hati mana tak tersentuh..

Hantaran di video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing menghadapi kerenah anak-anak istimewa ini.

Yang ada anak autisme je tau macam mana karenah diorang kalau bab makan. Memang dia akan makan apa yang diorang suka je. – Netizen

Saya faham perasaan akak tu anak saya pun autism. Kalau dia nak mesti kena cari keropok ke apa-apa la dia nak kalau tak memang tak tidur dan mengamok nangis-nangis. Syurga buat mu akak jaga anak syurga elok-elok. – Netizen

Reaksi orang ramai terhadap abang grab driver

Tidak kurang juga, ramai yang memuji tindakan spontan Najmi kerana sanggup membantu wanita tersebut tanpa berkira. Sikap prihatin dan empati yang ditunjukkannya menyentuh perasaan netizen.

Mulianya hati kau bang. Semoga diluaskan rezekimu seluas 5 padang bola sepak rumput jenis Zoysia Seon. Aaminn. – Netizen

Semoga traffic light selalu hijau, dompet sentiasa tebal tak pernah menipis, perjalanan sentiasa lapang, tidur selalu nyenyak dan rezeki melimpah ruah Aamin… – Netizen

Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati tetapi juga menjadi peringatan tentang cabaran yang dihadapi ibu bapa anak autisme serta kesabaran luar biasa mereka dalam membesarkan anak istimewa ini.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, bantuan kecil seperti menunjukkan empati dan prihatin terhadap orang lain boleh memberi kesan besar dalam hidup mereka. Jadilah individu yang ringan tangan membantu, kerana kebaikan yang kita berikan pasti akan kembali dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.

ibu tolak anak autisme 3 pagi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok nxjmxe


Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas