Connect with us

Oh! Media

Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia

seni

Oh! Inspirasi

Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia

Kasih sepanjang masa. Itulah yang dapat digambarkan mengenai pengorbanan seorang ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak autisme.

ADVERTISEMENT

BACA: Jiran ‘Complaint’ Anak Bising, Keluarga Adam Autism Terpaksa Pindah Rumah

Memetik laporan WeirdKaya, Kelvin Li yang berasal dari Sarawak didiagnos mempunyai autisme pada usia 5 tahun ketika keluarganya berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Semasa kanak-kanak, Kelvin tak melalui pendidikan formal dan banyak menghabiskan masa di rumah bersama ibunya, Puan Lim. Puan Lim mula menyedari bakat semulajadi anak dalam bidang seni pada usia 9 tahun.

Diberi bimbingan melukis pada usia 10 tahun

autisme

Selepas pulang ke Kuching Sarawak, Kelvin mula belajar melukis bersama sepuluh kanak-kanak yang lain. Waktu itu, lukisannya banyak berkisar tentang kehidupan air.

Ibunya berpendapat;

Kami tidak boleh biarkan beliau hanya tinggal di rumah dan melukis secara rawak.

Pada usia 10 tahun, Kelvin diberi bimbingan oleh seorang guru seni bernama Puan Wong Chiew Ee. Kelvin digalakkan untuk melukis secara bebas menggunakan teknik cat air dan minyak.

Berkat usaha Puan Wong, kreativiti dan kemahiran Kelvin terus berkembang apabila beliau menghabiskan banyak masa merujuk ensiklopedia dan mengkaji anatomi haiwan.

Tak banyak sekolah terima anak autisme

seni

Kongsi Puan Lim lagi, agak sukar untuk memasukkan Kelvin ke sekolah disebabkan kebanyakan sekolah ragu-ragu dengan pelajar autisme.

Selepas beberapa penolakan, Puan Lim bersyukur ada dua buah sekolah iaitu SJK Bintawa dan Sekolah Menengah Chung Hua No.3 menerima anaknya.

Kebanyakan masa Kelvin akan kaku dan terasing disebabkan autismenya. Tetapi kehidupan Kelvin di sekolah menengah agak menyenangkan. Dia minat belajar sejarah Cina dan mengasah kemahiran seninya.

Siapa sangka, bakat besar Kelvin mula mendapat tempat apabila dua lukisannya diambil dan dicetak pada beg mesra alam di China. Beg mesra alam itu terjual sehingga 5,000 unit.

kelvin

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaan anak, Puan Lim berkata sokongan tak putus daripada ibu bapa menjadi kunci utama.

Saya dan suami membelikan anak buku-buku bergambar, membawanya ke pameran seni, mempromosikan hasil lukisannya di pelbagai platform, dan menganjurkan pameran dengan harapan kerjaya seninya akan berkembang.

Katanya lagi, kejayaan yang dikecapi Kelvin ini memerlukan pengorbanan apabila dia berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kepada Kelvin.

Cabaran terbesar membesarkan anak autisme adalah berurusan dengan masalah emosi dan memahami kesukaran sosial yang ada pada mereka.

Ujar Puan Lim, kanak-kanak autisme bukanlah orang sakit sebaliknya mereka mempunyai keperluan berbeza. Jika ibu bapa mahu anak autisme hidup bermaruah, masyarakat perlu lebih memahami dan menerima kehadiran mereka dengan baik.

Kredit: WeirdKaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas