Connect with us

Oh! Media

Gadis Minum Cecair Pencuci Lantai, Tertekan Dirogol Ayah Setiap Pagi

D3012f45 f35d 419c b265 cd90d0b2cc2c

Trending

Gadis Minum Cecair Pencuci Lantai, Tertekan Dirogol Ayah Setiap Pagi

Sekarang ni, memang banyak kes rogol yang kita dengar. Mangsa pula tak kira umur dan jantina. Yang sedihnya bila perbuatan itu sendiri dilakukan oleh orang yang paling kita percaya. 

Pada 1 November yang lalu, dilaporkan ada seorang remaja perempuan yang telah lari dari rumah kerana tertekan apabila dia dirogol oleh ayah kandungnya sendiri secara berterusan sejak Februari lalu.

Perbuatan terkutuk itu akhirnya terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menjumpainya seorang diri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur apabila dia mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah, pada hari yang sama.

IKLAN
24d47b72 0161 4875 8a1d e471bc653188

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, iaitu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa telah dirogol oleh ayahnya yang berusia 42 tahun di rumah mereka.

Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa diketahui oleh sesiapa.

Ayahnya akan merogol dia pada awal pagi ketika semua ahli keluarga yang lain sedang tidur. – Katanya.

Mohamad Farouk berkata, perbuatan itu telah menyebabkan mangsa berasa takut dan tertekan serta pernah cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai pada Jun lalu tetapi tiada laporan polis diterima.

Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah Ampang. Ibu bapanya pula sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan.

Sebelum ini, mangsa memang tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Tapi, pada September 2019, bapa kandungnya (suspek) pula mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri baru serta empat anak tirinya. – Kata Mohamad Farouk.

Susulan daripada laporan itu, pihak polis telah menahan suspek di rumahnya di sini, pada 2 November lalu.

Semakan mendapati rupanya suspek memang ada rekod satu kes rogol sumbang mahram dengan adik iparnya sendiri pada 2004, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah.

Suspek direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram. – Katanya.

BACA: “Saya Belum Didapati Bersalah”, Tak Mengaku Rogol Anak Sendiri, Lelaki Minta Diikat Jamin

Benar lah kata pepatah dasar haruan makan anak! Dulu kita dengar kata pepatah tu hanyalah sekadar kata-kata, tapi zaman sekarang ni macam dah jadi trend pula. Ayah yang sepatutnya melindungi, rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas