Connect with us

Oh! Media

“Saya Belum Didapati Bersalah”, Tak Mengaku Rogol Anak Sendiri, Lelaki Minta Diikat Jamin

Trending

“Saya Belum Didapati Bersalah”, Tak Mengaku Rogol Anak Sendiri, Lelaki Minta Diikat Jamin

Korang ingat lagi tak kes gadis yang ditahan polis sebab tak ada permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ini? Menurut sumber dia sekarang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Minum Cecair Pencuci Lantai, Tertekan Dirogol Ayah Setiap Pagi

Dia yang dikatakan pada waktu itu ingin pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah kerana tertekan dirogol oleh ayah kandung sendiri.

Ayah kepada gadis itu telah pun didakwa dan menurut sumber pada hari ini, ayah mangsa sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, atas sembilan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal kepada gadis itu, sejak September tahun 2019.

Ayah mangsa didapati melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian baru berusia 14 tahun di rumah mereka, pada pukul 3 pagi dan 3.30 petang, semenjak dari bulan September 2019 hingga 29 Oktober 2020.

S Sangitaa, sebagai Timbalan Pendakwa Raya telah membantah sebarang permohonan ikat jamin kepada tertuduh.

Takut sekiranya dia diberi jaminan, tertuduh akan mengganggu mangsa dan melarikan diri. – Kata Sangitaa.

Tertuduh pula memohon untuk dibenarkan dirinya diikat jamin dengan alasan dia perlu menguruskan syarikat dan kebajikan pekerja, menjaga tiga kakak dan seorang adik yang menghidap kanser tahap tiga.

Saya ada seorang isteri dan empat anak di bawah jagaan dan saya bimbang keselamatan mereka terutamanya dengan keadaan COVID-19 sekarang.

Segala tuduhan terhadap saya hanyalah spekulasi semata-mata sebab saya belum didapati bersalah. – Menurut tertuduh.

Walau apapun alasan si ayah, mahkamah tetap tak benarkan dia diikat jamin dan telah menetapkan 17 Dissember ini untuk sebutan semula kes.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas