Connect with us

Oh! Media

ustaz don daniyal

Trending

“First Love Agak Tidak Sesuai, Saya Minta Ampun Next Time Saya Guna Cinta Pertama” – Ustaz Don

Nama pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal hangat diperkatakan selepas tular rakaman memaparkan beliau berkongsi kisah membabitkan hidup Nabi Muhammad SAW ketika bersiaran di sebuah stesen radio.

Hal itu menimbulkan pelbagai kontroversi sehingga ada yang mendakwa Ustaz Don seorang penglipur lara yang menyebarkan hadis palsu.

IKLAN

Kontroversi juga menyebabkan Ustaz Don direhatkan sementara daripada muncul di RTM sehinggalah beliau dipanggil JAKIM baru-baru ini.

BACA: Tiada Halangan Untuk Ustaz Don Daniyal Teruskan Berdakwah Dalam Program TV

Terbaru, Ustaz Don menerusi satu video pendek yang dimuat naik di TikTok tampil menceritakan apa yang telah berlaku.

Beliau tidak berniat untuk menghuraikan dengan lebih lanjut kerana tiada apa yang perlu dihuraikan memandangkan beliau sendiri sudah bertemu dengan pihak berautoriti.

@ddaniyaldbiyajid

Sementara menunggu… . Firman Allah, “…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.” (Surah Al-Baqarah Ayat 286) . #ustazdondaniyal #agamigroup #salambaitullah #fyp #fypage #fypviral

♬ original sound – UDD – UDD

Tetapi, sementara menunggu keputusan dibuat pihak berkuasa, beliau tampil dengan satu video penjelasan.

Jangan risau semua ini ada rakamannya dan kalau ada salah nanti boleh orang keluarkan yang betul. Insya-Allah apa yang saya cakap ini benar.

Terangnya, kisah kehidupan Nabi Muhammad S.W.T turut menggunakan ilmu sirah dan mendakwa salah satu videonya telah dimanipulasi pihak tertentu.

Yang pertama, Ummu Hani adalah sejarah yang benar di dalam kehidupan Nabi SAW. Terdapat dalam banyak kitab serta penggunaan hadisnya mesti menggunakan neraca sirah bukan menggunakan neraca ilmu hadis semata-mata. Kerana dua disiplin ilmu ini berbeza.

Yang kedua, ada video yang mengatakan, saya menjawab dengan mengatakan ada hadis sahih. Sebenarnya video itu adalah video manipulasi.

Yang ketiga iaitu pihak berautoriti mengatakan saya menggunakan perkataan ‘first love’ itu agak tidak sesuai. Sepatutnya menggunakan perkataan cinta pertama. Jadi saya minta maaf, selepas ini saya guna ‘cinta pertama’.

Selepas ditegur pihak berautoriti, Ustaz Don meminta maaf di atas kekhilafan menggunakan istilah ‘first love’ yang dikatakan tidak sesuai. Selepas ini beliau akan menggunakan istilah cinta pertama.

Kredit: Beautifulnara | TikTok @ddaniyaldbiyajid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas