Connect with us

Oh! Media

Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf, Buat Laporan Polis

Ohmedia elly suriaty imran bard

Oh! Artis

Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf, Buat Laporan Polis

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty bertindak tegas dengan membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial, Imran Bard.

Ini susulan dakwaan bahawa Imran telah mencemarkan nama baik Ellie dalam sebuah video TikTok yang viral hingga jutaan tontonan sebelum ini.

Ellie Suriaty mahu ambil tindakan tegas, tidak akan maafkan Imran Bard…

Image

Ellie, 54, menyatakan bahawa maruahnya sebagai anak seni telah tercalar akibat perbuatan Imran. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman serta melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

IKLAN

Saya sudah berbincang dengan peguam dan ada beberapa perkara yang dia lakukan boleh dikenakan saman. Namun, berapa nilai saman? RM3 juta ke? Ia tak ternilai dengan bakat yang Allah kurniakan kepada saya.- Katanya..

Menurut Ellie, tindakan Imran yang menyebut namanya dalam video berkenaan, walaupun dalam nada jenaka adalah tidak wajar kerana dia sudah lama dikenali dalam industri.

Anak-anak Ellie turut terasa, ganggu emosi dan kerjaya…

Image

Saya ini ibu tunggal. Anak saya masih bersekolah, rakan-rakan dan cikgunya bertanya tentang video itu. Ia memberi kesan kepada mereka. Saya pun tak tidur malam memikirkan perkara ini.- Luahnya.

Anak perempuan Ellie, Nur Azreen, 16, turut menyatakan rasa malu dan kecewa dengan tindakan Imran.

Lepas video itu viral, saya rasa tak boleh ke sekolah sebab ramai bertanya. Dia bercakap buruk tentang ibu saya. Kepada semua TikToker, fikirlah dahulu sebelum buat content.- Katanya.

Ellie tuntut ibu bapa Imran Bard datang minta maaf…

@ohbulanofficial

Pelakon Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang pempengaruh iaitu Imran Bard berikutan video yang di muat naik di sosial media yang didakwa melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya. #ohbulan #fyp #news #elliesuriaty #berang #imranbard #dakwaan #melampau

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ellie juga menuntut agar ibu bapa Imran datang berjumpa dengannya untuk meminta maaf.

Siapa dia (Imran) untuk saya berjumpa? Saya tak kenal dia. Kalau nak minta maaf, saya mahu ibu bapa dia datang. Saya mahu beritahu mereka tentang adab.- Tegasnya.

Namun, Ellie menegaskan bahawa dia tetap tidak akan memaafkan Imran serta tidak merestui sebarang keuntungan yang diperoleh daripada video tersebut.

Ohmedia elly suriaty imran bard

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: OhBulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas