Connect with us

Trending

Domino’s Sakan Bagi Pick Up Line. Netizen Anggap Marketing Kreatif & Menghiburkan!

Kalau cakap pasal pick up line, korang mesti boleh bayangkan ayat-ayat ‘cheesie’ yang kalau baca, korang pun cringe. Pendekatan ni digunakan oleh jenama piza terkemuka negara, Domino’s untuk berinteraksi dengan pelbagai jenama di laman sosial mereka.

Antara brand yang menerima pick up line daripada Domino’s seperti Grab, foodpanda, unifi, Lazada, PUBG Mobile dan banyak lagi. Oh! Media pun dapat juga tau. :p

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s, Linda Hassan, syarikat itu ingin berhubung dan menunjukkan rasa sokongan kepada syarikat tempatan dengan cara yang kreatif dan menghiburkan.

Kalau korang tengok pada ruangan komen di sosial media Domino’s, rata-rata pengikut meninggalkan komen yang mereka terhibur dengan pendekatan terbaru Domino’s dan menganggap ini merupakan promosi yang lain daripada yang lain.

Lebih menghiburkan, langkah Domino’s ini berjaya menarik perhatian jenama lain untuk turut sama berinteraksi. Kreatif juga teknik marketing macam ni.

Dalam pada itu, baru-baru ini Domino’s turut melancarkan piza terbaru, Domino’s Mega Cheese Pizza, yang hadir dengan setengah kilogram cheese. Peminat setia cheese jangan lepaskan peluang menikmati piza terbaru ni ya.

Kalau korang nak baca lebih banyak pick up line dan nak tau promosi terbaru daripada Domino’s Pizza ikuti Facebook, Instagram dan Twitter mereka hari ini.

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas