Branded
Wah Bestnya! 6 Artis Tempatan Ini Tunjuk Cara Tersendiri Hargai Keluarga!
Oleh
Selain ucapan terima kasih, antara cara lain untuk kita menghargai yang tersayang adalah dalam bentuk perbuatan dan barangan.
Bagi sesetengah orang, perbuatan seperti memasak lauk kegemaran, menyambut hari jadi bersama serta keluar bercuti merupakan cara mereka untuk menghargai yang tersayang sebab ia dapat merapatkan lagi hubungan.
Tapi, ada juga yang memilih memberikan barangan sebagai tanda penghargaan terhadap pasangan. Tak kira barangan tu murah atau mahal, yang penting dapat buat yang tersayang bahagia, betul tak? Lain orang, lain caranya.
Cakap pasal topik menghargai ni, ni kami kongsikan 6 artis tempatan tunjuk cara tersendiri untuk hargai pasangan.
1. Wawa Hadiah Lamborghini Buat Aeril Zafrel
Siapa je yang tak kenal dengan pasangan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang selalu buat content yang menghiburkan di media sosial terutama di TikTok dan Twitter kan?
Untuk pengetahuan, pasangan ini selalu menghadiahkan barangan yang mewah kepada satu sama lain sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga tau.
Namun, apa yang mengejutkan rakyat Malaysia, baru-baru ni Wawa Zainal buat kejutan kepada Aeril Zafrel dengan menghadiahkannya sebiji kereta Lamborghini berwarna kuning. Wow!
Kata Wawa Zainal, hadiah yang diberikan kepada suaminya itu tak dapat dibandingkan dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan terhadap dirinya selama 6 tahun bersama dalam dunia perniagaan. Sweetnya!
2. Rutin Harian Norman Hakim Bersama Anak-Anak
Bila dah bergelar ibu bapa ni, tanggungjawab kita semakin besar lagi-lagi untuk membesarkan anak-anak serta memberikan perhatian yang mereka perlukan.
Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon terkenal filem Tiga Janda Melawan Dunia, Norman Hakim berkongsi dengan pengikutnya menerusi video di Instagram antara rutin harian yang dia wajib buat pada anak-anaknya adalah memberikan ciuman semasa mereka bersiap untuk ke sekolah.
Dia juga menggalakkan ibu bapa di luar sana untuk sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak walau sesibuk mana pun. Haa, kalau korang buat macam ni pun akan buat mereka rasa sering dihargai dan disayangi tau!
3. Pemberian Set Gelang Berlian Buat Zarina Zainuddin
Setelah 2 tahun menyimpan, pelakon dan usahawan pulut kuning terkenal, Zarina Zainuddin akhirnya menunjukkan hadiah istimewa yang diberikan oleh madunya, Datin Seri Noorhasimah sempena dengan hari ulang tahunnya.
Menurut posting yang dimuat naik, beliau menyatakan hadiah berbentuk gelang berlian tersebut rasa sayang untuk dipotong dan dipakai. Jadi, dia berhasrat untuk menyimpannya.
Namun, atas nasihat suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar, Zarina membuat keputusan untuk memotong gelang tersebut dan lebihannya dijadikan cincin.
Haa, nampak tak, orang kalau dah menghargai, kita yang menerima pun rasa sayang nak pakai tau.
4. Berhenti Berlakon Sekejap Untuk Jaga Anak
Pernah diberi tomahan oleh netizen, Ezzaty Abdullah berkongsi menjadi seorang selebriti bukanlah suatu perkara yang mudah lagi-lagi apabila bergelar seorang ibu.
Menurutnya, dia berhenti sekejap dunia lakonan bukan kerana disebabkan kritikan netizen tetapi kerana dia telah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab untuk jaga anaknya.
Katanya, dia lebih gemar untuk menjaga anaknya sendiri daripada memberikan tanggungjawab tersebut kepada orang lain.
Dia juga ingin memberikan peluang kepada suaminya pula untuk sambung dalam bidang lakonan. Wahh, macam ni barulah betul, kita saling bertoleransi antara satu sama lain. Barulah rasa lebih disayangi dan dihargai!
5. Seutas Gelang Mewah Untuk Neelofa
Kalau tadi kita cerita pasal gelang berlian, kali ni kita cerita pula pasal gelang berjenama mewah. Siapa yang tak kenal dengan pelakon, pengacara serta usahawan terkenal Neelofa betul tak?
Haa, menurut video yang dimuat naik olehnya menerusi aplikasi TikTok, dia menyatakan bahawa suaminya, PU Riz membuat kejutan dengan menghadiahkannya seutas gelang tangan mewah berjenama Louis Vuitton. Bestnya!
Menurutnya lagi, ini bukanlah kali pertama suaminya memberikan kejutan buatnya, namun katanya dia agak terkejut dan tak menyangka yang suaminya akan menghadiahkan barang kemas tersebut selepas pulang daripada solat Jumaat.
Haa, smooth je cara PU Riz buat kejutan dekat Lofa. Korang yang ada plan nak buat kejutan untuk yang tersayang tu, make sure plan baik-baik tau!
6. Mercedes Benz Buat Ulang Tahun Kelahiran Anak Dato’ AC Mizal
Haa, bukan setakat pasangan saja tau boleh beri hadiah mewah, antara keluarga sendiri pun boleh. Korang mesti kenal Dato’ AC Mizal, pengacara dan pelakon yang cukup terkenal dalam industri hiburan Malaysia betul tak?
Beliau serta isterinya, Datin Emylia Rosnaida telah membuat kejutan buat anak lelaki mereka iaitu Muhammad Reeve Damien sempena sambutan ulang tahun yang ke-18.
Apa yang buat rakyat Malaysia tertarik adalah cara Dato’ AC Mizal dan isteri membuat kejutan untuk anak mereka dengan pemberian kereta berjenama mewah iaitu Mercedes Benz. Bestnya!
Domino’s Pizza Malaysia Meraikan Anda Dengan 25,000 Piza Percuma!
Haa, itu lah antara artis tempatan menunjukkan cara tersendiri untuk menghargai orang yang disayangi. Best kan? Kita pun rasa tumpang bahagia dengan hadiah yang mereka beri.
Alang-alang tengah cakap pasal penghargaan ni, kami ada benda nak kongsikan dengan korang, Domino’s Pizza Malaysia sedang menyambut ulang tahun ke-25.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong selama 25 tahun, diorang nak bagi 25,000 piza secara PERCUMA tau. Biar betul?!
Haa, kalau korang nak dapatkan piza PERCUMA ni, korang perlu dapatkan kod piza DI SINI dan kod ini hanya boleh didapati pada setiap 25 hari bulan tau. Jadi, jangan lupa mark kalendar korang!
Bila korang dah dapatkan kod piza tu, ikut langkah mudah di bawah ni untuk tebus piza PERCUMA:
1. Log masuk ke laman web rasmi dominos.com.my atau aplikasi Domino’s
2. Pergi ke Order Online dan pilih Delivery atau Take Away
3. Masukkan kod piza percuma pada Promos & Coupon dan tekan Redeem
4. Pilih jenis piza yang korang inginkan
5. Tambah barangan lain untuk penuhi perbelanjaan minima RM20
6. Teruskan ke checkout
Haa, senang je kan? Tunggu apa lagi, cepatlah rebut peluang ni sekarang! Korang boleh dapatkan kod piza PERCUMA ni pada setiap 25 haribulan bermula Jun hingga Disember 2022. Siapa cepat, dia dapat, jadi korang wajib rebut peluang keemasan ni!
Bukan tu je, Domino’s pun hadir dengan banyak lagi promosi lain tau! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Domino’s Pizza atau ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter.
Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat.