Connect with us

Oh! Media

“Dia Yang Kena Payungkan, Aku Yang Blushing” – Rata-Rata Netizen Cair Lihat Act of Service Oppa Di Bukit Bintang

Branded

“Dia Yang Kena Payungkan, Aku Yang Blushing” – Rata-Rata Netizen Cair Lihat Act of Service Oppa Di Bukit Bintang

Cuba bayangkan, korang tengah jalan-jalan dekat kawasan Bukit Bintang, dengan cuaca yang panas terik, tiba-tiba ada “Oppa” datang payungkan korang… Mesti korang clueless kan? 

Baru-baru ini, tular di media sosial, terdapat beberapa wanita yang dipayungi oleh beberapa “Oppa” di kawasan Bukit Bintang, dan reaksi netizen semua tak nak kalah!

Biore Comment 1
Biore Comment 2
Biore Comment 3

Sejujurnya, kalau kami lah tiba-tiba didatangi oleh “Oppa” dan kemudian dipayungi, tipulah kami tak terkesima, diaorang pula helok macam mana kan? 

Tapi, korang perasan tak Oppa-Oppa ni ada sembur sesuatu pada tangan wanita-wanita yang mereka payungkan tu? Apa sebenarnya tu?

Nampak Natural & Tak Berminyak, Yang Pasti Mampu Melindungi Kulit

Setelah diteliti dengan betul, rupa-rupanya Oppa-Oppa tu sembur Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA ++++ lah. Aww, betul-betul act of service lah, macam dalam drama!

Make sense lah sebab dengan cuaca panas terik tengah-tengah bandar Kuala Lumpur macam tu, memang kulit lebih mudah terdedah dengan sinaran matahari yang berbahaya. Tapi, kenapa Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA++++?

Bila kami buat kajian, rupa-rupanya pelindung matahari ini boleh beri perlindungan UV yang menyeluruh dan sekata dengan setiap semburan. 

Apabila semburan kemudian diratakan pada kulit, ia akan membentuk lapisan UV yang nipis dan sekata, di mana ia akan memudahkan lagi proses peresapan, tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit tau! Bestnya!

Bukan itu saja, Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA++++ ini dapat mengekalkan rupa kulit yang dewy dan berkilau, dalam masa sama dapat melindungi kelembapan sedia ada pada kulit. 

Paling penting, ianya cepat kering, ringan, tidak melekit, serta mempunyai tekstur yang licin, sesuai untuk kegunaan harian. Tak ada lah korang rasa rengsek bila petang-petang minyak sunscreen masuk mata. 

Untuk wanita di luar sana, kami yakin korang mesti akan suka dengan Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA++++ ini sebab ia boleh digunakan di atas solekan tau! 

Bila dah tahu kelebihan Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA++++ ni, rasa macam nak dapatkan satu pula lah ek. Tapi, sembur sendiri lah ceritanya. 

Jadi, untuk korang yang berminat untuk menggunakan pelindung matahari Biore UV Aqua Rich Aqua Protect Mist SPF50 PA++++, korang boleh dapatkan di mana-mana Watsons berdekatan sekarang, atau beli secara dalam talian di Website Watsons atau menerusi aplikasi Watsons

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas