Branded
TERHAD! Xiaomi Lancar Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition Dengan Warna Elegan, Siap Ada Tandatangan Eksklusif!
Siapa dekat sini peminat tegar K-Pop terutama kumpulan GOT7 atau memang suka kumpul merchandise K-Pop, kami yakin korang mesti teruja bila dapat tahu Xiaomi lancar Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition betul tak?
Percaya tak kalau kami kata korang boleh dapatkan peranti edisi terhad ini pada harga promosi, paling penting mampu milik? Kalau nak tahu, baca sampai habis okay!
Tampak Elegan & Mahal, Bertatahkan Tandatangan BamBam Lagi!
Baru-baru ini Xiaomi telah melancarkan warna terbaru bagi siri Redmi Note 14, Sand Gold, semasa acara Xiaomi SEA Launch Event di Queen Sirikit National Convention Center, Bangkok, Thailand.

Tapi, apa yang kami nak highlight dekat sini adalah Xiaomi turut memperkenalkan telefon pintar edisi terhad, Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition, hasil kolaborasi bersama salah seorang anggota kumpulan GOT7, BamBam (Kunpimook Bhuwakul) tau!
Menariknya, telefon pintar edisi terhad ini tampak lebih elegan dan eksklusif dengan sentuhan personaliti BamBam, di mana pada bahagian belakang peranti ini terdapat tandatangan eksklusif beliau.

Bukan itu saja, selain daripada warna dan rekaan eksklusif, telefon pintar edisi terhad ini turut menawarkan pelbagai ciri yang berbaloi untuk dimiliki, sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Antaranya, Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition ini dilengkapi dengan All-Star Armor serta Corning Gorilla Glass Victus 2 dan IP68 kalis air dan habuk bagi perlindungan yang optimum.
Selain itu, ia turut hadir dengan kamera 200MP AI pro-grade dengan penstabilan imej optikal (OIS), serta zum optikal sehingga 4 kali ganda tau! Jadi, kalau korang suka pergi ke konsert K-Pop, ini adalah peranti yang tepat untuk dimiliki!
Bukan itu saja, telefon pintar edisi terhad ini juga dilengkapi dengan fungsi Dynamic Shots, Dual Video Mode, dan AI Erase Pro yang dapat membantu korang menghasilkan gambar dan video yang lebih berkualiti.
Untuk korang yang banyak menggunakan telefon pintar untuk bekerja, korang tak perlu risau tentang prestasi sebab ia dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 7300-Ultra dengan pemproses octa-core, menjanjikan kelancaran setiap kali penggunaan.
Paling penting, bateri telefon pintar edisi terhad ini sangat besar tau, iaitu 5110mAh, dengan RAM12GB dan storan dalaman 256GB! Barulah seronok nak binge-watch fancam GOT7 ke, nak tengok K-Drama ke betul tak?
Tengah Promosi, Harga Mampu Milik Untuk Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition
Peminat tegar K-Pop mesti tahu duit banyak terbang dekat tiket konsert, photocard, merchandise, light stick, acara cup sleeve dan macam-macam lagi lah!
Jadi, bagi kami kalau korang boleh berbelanja untuk semua perkara di atas, korang juga mesti mampu untuk memiliki Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition ni.
Harga yang ditawarkan untuk telefon pintar edisi terhad ini adalah RM1,299, TETAPI korang boleh nikmati diskaun RM100 bermula hari ini sehingga 30 Jun 2025 tau.
Jadi, tunggu apa lagi, masa bergerak dengan cukup pantas ni, apa kata korang dapatkan sekarang Redmi Note 14 5G BamBam Limited Edition di kedai Xiaomi, laman web rasmi Mi, Shopee, dan Lazada!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Xiaomi, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM