Branded
Otak Bijak, Hidup Hebat: Eskayvie Lancar Komuniti Anak Genius
Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti yang juga bergelar ibu. Uyaina Arshad membuka acara dengan penuh energi, menceriakan suasana dan menghubungkan para tetamu sejak dari awal.
Dalam sesi perkongsian, Aishah Sinclair menyentuh hati ramai ibu dengan topik “What I Wish I Knew When My Kids Were 5”, bagaimana perbualan kecil di usia muda sebenarnya membina kepercayaan anak ketika remaja.

Betty Rahmad pula membawa kisah jujurnya melalui “Balancing My Plate: From Baby Bottles to Business Orders”, tentang jatuh bangun mengimbangi dunia perniagaan dan tanggungjawab sebagai ibu.
Sementara itu, Najwa Ghafar mencuri perhatian dengan cerita tentang anaknya Noah yang pernah tular menghafal sifir di usia 2 tahun. Dengan topik “Raising Little Geniuses Starts With Big Patience”, beliau mengingatkan bahawa kesabaran ibu bapa adalah kunci melahirkan anak yang cerdas dan yakin diri.


Setiap perkongsian ini bukan sekadar pengalaman peribadi, tetapi cerminan visi Eskayvie — bahawa Otak Bijak hanya benar-benar bermakna apabila dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang, sokongan dan semangat Hidup Hebat.
Doktor & Pakar Nutrisi Kupas Manfaat Mindtropic




Dalam sesi perkongsian, Dr. Farah Farhana (Doktor Perubatan) dan Pn. Nureen Rosman (Pakar Nutrisi) menekankan bahawa otak anak berkembang paling pesat pada usia awal dan apa yang dibekalkan ketika itu amat penting.

Di sinilah hadirnya Eskayvie Mindtropic Junior, nutrisi otak untuk kanak-kanak 2–12 tahun yang membantu fokus, memori dan keseimbangan emosi. Untuk remaja dan dewasa 13 tahun ke atas, Mindtropic pula menyokong persediaan peperiksaan, prestasi kerja dan ketajaman minda.Dengan janji “Otak Bijak, Hidup Hebat”, Eskayvie bukan sekadar slogan tetapi sebuah visi untuk melahirkan keluarga yang sihat, ceria dan yakin menghadapi masa depan
Kenapa Komuniti Anak Genius?




Setiap ibu mahu anak yang bukan sahaja bijak, tetapi juga gembira, yakin diri dan bersemangat meneroka dunia. Komuniti Anak Genius diwujudkan sebagai ruang untuk ibu-ibu saling belajar, berkongsi pengalaman dan mendapat sokongan. Bersama Eskayvie Mindtropic Junior, para ibu kini ada teman dalam perjalanan membesarkan anak yang cerdas, ceria dan penuh keyakinan.

Komuniti Anak Genius adalah permulaan sebuah gerakan. Kami mahu para ibu tahu bahawa mereka tidak keseorangan — bersama-sama, kita mampu membesarkan generasi anak yang bijak, kuat dan penuh keceriaan. Dengan Mindtropic Junior, kami memberikan sokongan yang diperlukan oleh keluarga untuk membina bukan sahaja Otak Bijak, tetapi juga benar-benar Hidup Hebat.”
— Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie
Aktiviti Meriah Sepanjang Hari



Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk ibu dan anak seperti Hands-on Messy Play Zone, bergambar di Photobooth, membuat gelang bersama, bergaya di Flower Wall, hinggalah ke sudut karikatur yang menjadi tarikan ramai.
Nak join Komuniti Anak Genius untuk next event?
Follow IG & TikTok Eskayvie untuk update terkini
Instagram: Klik sini
TikTok: Klik sini
Nak tahu lebih pasal Mindtropic Junior? Klik sini
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM