Connect with us

Oh! Media

Dakwa Video Viral Adalah Berita Palsu, Netizen Pertikai Kenyataan Pihak Polis

Untitled Design

Trending

Dakwa Video Viral Adalah Berita Palsu, Netizen Pertikai Kenyataan Pihak Polis

Semalam, viral di Twitter sebuah video berdurasi 32 saat yang kononnya menunjukkan situasi di dalam Stadium Tertutup Shah Alam. Katanya, ada kaitan dengan kes Covid-19. Eh, biar betul?

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1342493551481868288

Video tersebut menayangkan ada sekumpulan individu yang ditempatkan dalam sebuah stadium tertutup. Ada yang baring, ada yang duduk atas toto masing-masing. Lepastu, penjaga keliling diorang pula semuanya lengkap berpakaian macam petugas yang jaga pesakit Covid-19, siap dengan PPE lagi.

Bukan itu je,kawasan itu juga siap dipagar dengan kawad berduri lagi. Jadi, adalah pihak yang dakwa itu semua adalah pesakit Covid-19 yang terpaksa dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh sebab dekat sana dah terlalu sesak. Alamak! Namun, satu kenyataan dah pun dikeluarkan oleh polis Kontinjen Selangor untuk mengesahkan isu tersebut.

IKLAN
Photo6282997478978595482

Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berita tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Beliau juga turut menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang dan tidak panik. Beliau juga nasihatkan orang ramai supaya tidak terus sebarkan berita yang tak sahih.

“Polis Selangor mengesahkan berita disebarkan melalui klip video itu adalah berita palsu dan tidak benar sama sekali.”

“Masyarakat boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang sesuatu isu atau berita.” – katanya.

Tapi, apa yang buat netizen tak puas hati sebab tiada sebarang penerangan lanjut diberikan pihak polis tentang video tersebut. Yelah, kalau berita itu berita palsu, video yang tersebar ni direkod dari mana? Bahkan, ada juga pihak yang pandai-pandai buat spekulasi sendiri. Diorang kata, itu sebenarnya adalah situasi di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) yang dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi pesakit bukan warganegara di Genting. Wah, dah macam wartawan ya!

Photo6282997478978595479
Photo6282997478978595476
Photo6282997478978595477
Photo6282997478978595478

Mungkin bagi netizen, kenyataan yang dikeluarkan dari pihak polis lengkap dan tergantung. Jadi, timbullah persoalan video itu pasal apa sebenarnya? Tapi bagi ohmedia, mesti ada sebab kenapa pihak polis tak war-warkan maklumat penuh. Yelah, nanti mesti ada yang jadi panik tak tentu pasal, kan? Jadi untuk tak keruhkan keadaan, kita ambil je apa yang dah disahkan oleh pihak polis. Lagi bagus daripada buat macam-macam andaian. Buatnya andaian yang dibuat tak betul, kan dah jadi susah?

Kredit: Twitter, Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas