
Trending
CEO Batu Dibenar Ikat Jamin RM6,000, Mengaku Tak Bersalah Lakukan Amang Seksual
CEO Batu didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 13 tahun. Mengaku tidak bersalah dan dibenar jamin RM6,000.
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu, atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 22 tahun itu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin di Mahkamah Sesyen, selepas pertuduhan dibacakan semalam.
CEO Batu didakwa lakukan amang seksual

Menurut pertuduhan, insiden itu berlaku pada 16 Mei lalu jam 1.16 pagi di sebuah unit kediaman di Batu Caves, Gombak.
Perbuatan tertuduh dikatakan dilakukan dengan niat untuk dilihat oleh mangsa, sekaligus menjadikan ia satu kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
“Dia hanya pempengaruh, pendapatan terjejas” – peguam

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan. Namun, peguam tertuduh, Mohd Aniq Rafih, merayu agar jumlah jaminan direndahkan kepada RM6,000.
Pendapatan tertuduh sekitar RM3,000 sebulan. Akaun media sosial disekat, telefon dirampas, dan dia juga menjaga datuknya yang sakit.
Mahkamah tetapkan jaminan RM6,000

Hakim menetapkan jumlah jaminan RM6,000 dengan syarat tambahan, iaitu:
- Tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
- Dilarang mengganggu saksi pendakwaan.
Kes akan disebut semula pada 14 Ogos depan bagi serahan dokumen.
Pssttt! Beringat sebelum bertindak. Dunia digital ada batasnya dan undang-undang tetap menanti untuk melindungi yang lemah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
