Connect with us

Oh! Media

Boleh ‘Redeem’ Makanan Percuma Sempena Hari Jadi, Gadis Ini Kongsi Cara-Caranya

Birthday

Trending

Boleh ‘Redeem’ Makanan Percuma Sempena Hari Jadi, Gadis Ini Kongsi Cara-Caranya

Zaman serba canggih hari ini semuanya di hujung jari, kan? Jika bijak mengambil peluang, pengguna sebenarnya boleh mendapat keuntungan daripadanya.

BACA: Wanita Ini Kongsi Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam, Jangan Jerit Nama Anak Tapi Buat Cara Ni…

Sebagai contoh, penggunaan aplikasi perkhidmatan Food and Beverage (F&B) kebanyakannya menawarkan ‘hadiah’ makanan percuma semasa hari lahir ahlinya.

IKLAN

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Zahidah. Menurut Zahidah, terdapat lebih 25 jenama makanan yang korang boleh tebus sempena birthday.

Nak tahu makanan apa? Jom semak perkongsian ini.

https://twitter.com/zahidahz23/status/1539828040095924224?s=21&t=yfWaAOLs_dQnx108jKpAbQ

Difahamkan, perkongsian yang dibuat gadis ini berdasarkan pengalamannya sendiri tau. Korang bolehlah cuba nanti.

Baskin Robbins

Br

Apa yang korang kena buat adalah daftar aplikasi Baskin Robbins! Referral code : 07519080. Selepas selesai, korang terus dapat menikmati ais krim secara percuma/diskaun.

Voucher hari jadi pula hanya boleh digunakan semasa hari jadi. Jadi pergi je branch BR yang terdekat untuk tebus.

Ilao Ilao

Hari Jadi

Perkara pertama yang perlu buat mestilah muat turun aplikasi Llaollao. Seminggu sebelum hari jadi, korang akan terus nampak rewards untuk hari jadi korang.

Terus pergi tebus tau sebab dia valid 2 hari je dari tarikh hari jadi. Tambah sauces RM2.50 je.

Starbucks

Starbucks

Pertama, muat turun aplikasi Starbucks. Korang akan dapat 1 potong kek percuma dengan pembelian mana-mana Handcrafted Beverages pada bulan hari jadi korang.

ZUS Coffee

Zahidah

Untuk ZUS Coffee pun sama, korang perlu muat turun aplikasi dan beli air untuk tebus kek percuma. Add to cart air dan kek, sebelum bayar pastikan ada voucher hari jadi dan harga akan ditolak secara automatik. Bayar harga air je! Valid satu bulan dari tarikh hari jadi.

FAMILY MART

Fm

Kebanyakan redeem ini boleh claim sebulan! Macam Family mart dari awal bulan lagi sebab tu 30 Jun dah habis. Sebab tu sebelum hari jadi pun dah boleh tebus. Dia terus masuk dalam my rewards. Claim FREE Sofuto.

TEALIVE

Tealive

Beria muat turun aplikasi awal bulan haritu, last tak dapat. Cuba tahun depan la. So korang, kalau nak redeem Tealive, pastikan sebulan sebelum hari jadi ok. Tapi takpela boleh la tebus Buy 1 Free 1 sebab kali pertama guna aplikasi. Pastikan beli air sahaja ya!

Wah menarik kan? Di ruangan balas perkongsian ini, netizen turut senaraikan beberapa jenama yang bagi ‘hadiah’ macam ni. Antaranya Boost Juice, MyLaksa, CARING, Vivo Pizza, KFC, TGV, Sushi King, GSC dan macam-macam lagi.

Kredit: Twitter Zahidah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas