Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Akui Anak-Anak Adalah Sumber Kekuatan

Oh! Artis

Bella Astillah Akui Anak-Anak Adalah Sumber Kekuatan

Isu tangkap khalwat Aliff Aziz bukan pertama kali berlaku sehingga menimbulkan persoalan bagaimana Bella Astillah masih bertahan. Baru-baru ini pelakon, Bella Astillah akui faktor yang bantu dia kekal tabah adalah anak-anaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bella Nekad Bercerai Kerana Sudah Beri Peluang

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Bella berkata dia hanyalah manusia biasa yang ada rasa sedih, kecewa dan marah ketika berdepan dengan masalah.

Pelakon itu berkata dua cahaya mata yang dia miliki adalah anugerah yang paling berharga dalam dirinya.

Bella sebenarnya tak lah kuat, cuma kekuatan ini datang sebab anak-anak. Bella syukur ada Ayden dan Ara sebab mereka beri saya kehidupan.

Kalau Bella rasa down tak kisahlah sebab masalah mahupun kerja ke, kalau balik tengok muka mereka Bella akan gembira.

Pelakon dan juga isteri pelakon kontroversial, Aliff Aziz itu juga sempat menasihati para wanita yang mungkin menghadapi situasi yang sama sepertinya.

Katanya, keyakinan dan keberanian adalah aspek penting buat wanita dan cuba jadi yang terbaik. Bella juga nasihati supaya sentiasa buat kebaikan walaupun diperlakukan tidak baik.

Terdahulu, Bella Astillah failkan kes cerai terhadap suaminya berikutan kejadian tangkap khalwat dengan Ruhainies.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas