Connect with us

Oh! Media

Bekas Wartawan Asing Dedah Dicabul 50 Lelaki Melayu Ketika Berjalan Di Kuala Lumpur

Trending

Bekas Wartawan Asing Dedah Dicabul 50 Lelaki Melayu Ketika Berjalan Di Kuala Lumpur

Sebelum ini tular mengenai pasangan warga Sepanyol dikenali sebagai Vicente dan Fernanda diserang, dirogol dan dipukul di India telah mengundang perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

BACAPelancong Sepanyol Dakwa Dirompak, Dir*gol 7 Lelaki Di India Depan Suami Sendiri

Walau bagaimanapun, bekas wartawan asing mendedahkan yang kejadian itu bukan saja berlaku di India, tapi Malaysia pun sama. Biar betul?

Menurutnya lagi, dia berasa tidak selamat dan mendakwa wanita kulit putih berpotensi dicabul setiap dua minit jika berada di Kuala Lumpur.

https://twitter.com/ChristineHillCo/status/1764060597321109893?s=20

Saya mula membawa payung besar dan memukul sesiapa sahaja yang cuba untuk lakukan gangguan seksual terhadap saya.

Saya membawa isu ini kepada pemimpin politik mengatakan ia adalah PR buruk untuk bandar itu.

Dan mereka menganggap itu sebagai jenaka. la bukan rogol tetapi ia adalah serangan seksual.

Bukan tu jer, bekas wartawan itu juga mendakwa dia dilanggar pemandu teksi tapi pihak polis tidak membantunya ketika itu kerana tidak pandai berbahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, dakwaan yang wanita itu dianggap tidak berasas oleh netizen dan ramai yang ragu-ragu dengan kenyataan beliau diraba oleh 50 lelaki di tengah-tengah Kuala Lumpur yang sibuk itu.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas