Connect with us

Oh! Media

rogol

Oh! Tidak

Pelancong Sepanyol Dakwa Dirompak, Dir*gol 7 Lelaki Di India Depan Suami Sendiri

Sepasang suami isteri yang merupakan travel blogger dari Sepanyol berdepan detik hitam dalam hidup apabila menjadi mangsa rompak ketika berada di India.

Bukan tu je, si isteri dikenali sebagai Fernanda menjadi mangsa rogol tujuh lelaki durjana di hadapan suaminya sendiri.

IKLAN

BACA: Remaja Kahwin Usia Muda, Dirogol 400 Lelaki Selama 6 Bulan

Memetik laporan Times of India, kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Dumka di Jharkhand pada lewat malam Jumaat.

Kronologi kes

india
india

Menceritakan kronologi kes, pasangan ini sedang menunggang motosikal dan tiba-tiba ditahan kira-kira 8 ke 10 orang lelaki. Mereka mengheret pasangan ini ke tempat terpencil untuk merompak dan merogol.

Jurucakap Polis Dumka, Pitamber Singh Kherwar berkata, selepas kejadian mangsa menahan van peronda polis yang kebetulan sedang membuat rondaan sekitar jam 10.30 malam ke 11 malam.

Mereka meminta bantuan polis dan siasatan awal mendapati bahagian badan mereka terdapat kesan lebam.

Pasangan itu adalah penunggang motosikal yang sedang melawat tempat-tempat menarik dan terus berkhemah di lokasi berbeza mengikut perjalanan mereka. Polis sedang mengumpul maklumat lain.

Anggota polis segera membawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Di hospital, mereka memberitahu doktor bahawa isteri telah dirogol beramai-ramai.

Setakat ini, polis India telah menahan tiga orang lelaki untuk siasatan lanjut.

Dah melancong ke 66 negara, ini paling buruk

Difahamkan, sudah 66 negara pasangan ini jejak kaki dan tiada kejadian seumpama yang berlaku. Mereka pernah ke Iran, Afghanistan, Pakistan dan beberapa bandar lain yang dilabel bahaya.

Mereka mahu menuntut keadilan bukan untuk diri sendiri je tetapi kepada ramai lagi anak gadis yang sudah menjadi mangsa perkosa di India.

Kredit: Times of India

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas