Connect with us

Oh! Media

Bebas Kelemumur Dan Resdung, Ini ‘Petua’ Limau Nipis

petua

Oh! Lifestyle

Bebas Kelemumur Dan Resdung, Ini ‘Petua’ Limau Nipis

Biasanya kalau dengar pasal limau nipis, mesti teringat minuman ataupun masakan kan? Haa, kalau korang nak tahu, limau nipis ni bukan je boleh buat untuk masakan, tapi banyak fungsi dan ‘petua’ tradisional orang dulu-dulu yang menggunakan limau nipis!

ADVERTISEMENT

Semua bahan-bahan ni mudah je nak cari, cara nak buat pun senang sangat! Jom tengok 5 petua tradisional yang mungkin korang boleh cuba di rumah!

1. Ubat batuk

Yang pertama, korang boleh gunakan limau nipis sebagai ubat batuk! Senang je nak buat, apa yang korang perlu adalah jus limau nipis dan kicap cair.

Perah jus limau ke dalam cawan atau sebarang bekas dan campurkan kicap masin atau cair dalam jus limau tu! Amalkan 1 sudu kecil setiap pagi dan malam.

2. Segarkan nafas, putih gigi

Untuk membuatkan nafas segar dan memutihkan gigi, korang hanya perlukan jus limau nipis dan juga garam!

Perahkan jus limau dan celup berus gigi dalam perahan jus limau tersebut, lepastu letakkan garam. Boleh berus gigi secara perlahan-lahan okay!

3. Sebagai air mandian

Nak kulit yang segar? Korang boleh gunakan limau nipis sebagai bahan mandian untuk dapatkan kulit yang sihat dan segar. Memang rasa refreshing la lepas mandi guna limau nipis ni!

Bahan yang korang kena ada hanya jus limau nipis dan juga daun sirih. Rebus dulu daun sirih dengan air sampai mendidih, lepastu baru korang masukkan jus limau nipis. Tuang air rebusan ni ke dalam baldi yang berisi air. Air jangan letak banyak sangat, suku bekas je pun okay.

4. Atasi rambut gugur dan kelemumur

Haa, yang ni mesti paling ramai nak cuba kan? Korang boleh gunakan limau nipis sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kelemumur dan juga rambut gugur!

Bahan-bahan yang korang perlukan cuma jus limau nipis, santan dan garam.

Cara-caranya, potong sebiji limau yang kecil, masukkan dalam blender dan kisarkan. Kemudian, campur limau nipis yang dah dikisar tu bersama santan dan garam, gaul sebati.

Bahan-bahan ni boleh digunakan sebagai scrub ataupun mask untuk rambut. Gunakan seminggu sekali kalau tak ada sangat masalah rambut dan boleh guna dua atau tiga kali seminggu jika ada masalah.

7. Penawar resdung

Sesiapa yang ada resdung tu jangan risau, korang boleh ikhtiar guna cara ni, mana tahu boleh kurangkan resdung tu kan?

Bahan yang diperlukan adalah jus limau nipis dan juga daun pandan.

Perahkan limau dan potong daun pandan. Kisar atau tumbuk daun pandan dengan sedikit air dan campurkan dengan limau, gaul sehingga sebati. Air campuran dan hampas boleh disapukan pada permukaan kulit. Korang amalkan 2 hingga 3 kali seminggu dan boleh tengok sendiri hasilnya!

Itulah dia beberapa petua tradisional yang digunakan oleh orang-orang lama. Bukannya kalau ikut petua ni semua masalah boleh terus baik, tapi sebagai ikhtiar untuk kita cuba cara tradisional.

Kalau ada yang dah cuba dan berhasil, bolehlah kongsikan cara-cara ni dekat keluarga atau rakan-rakan okay! Selamat mencuba!

Kredit: Amoijamu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas