Trending
Banjir Kelantan: Arus Terlalu Deras, Restoran Terapung Di Tepi Sungai Hanyut
Banjir di Kelantan semakin buruk apabila sebuah restoran terapung, JL Fara Houseboat, hanyut dibawa arus deras setelah hujan lebat berterusan.
Insiden ini berlaku selepas sebuah pokok besar tumbang dan menimpa bahagian dapur restoran pada malam sebelumnya.
Pokok besar timpa dapur, restoran terapung hanyut dibawa arus

Pengusaha restoran, Fara Sharina, berkongsi rasa pilu melihat hasil titik peluhnya berlalu pergi bersama peralatan lain.
“Hati ini luluh ya Allah”
Dalam hantaran di media sosial, beliau memohon doa agar restoran dan rumah rakit miliknya dapat diselamatkan, walaupun keadaannya kini tidak menentu.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 12,145 orang. Sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan daerah.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, situasi masih terkawal tetapi penduduk dinasihatkan agar peka dan berpindah segera jika keadaan semakin buruk.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM