Connect with us

Oh! Media

“Alasan itu Tidak Boleh Diterima” – Uncle Kentang Kesal Sikap Peminjam Kereta Bantuannya

Trending

“Alasan itu Tidak Boleh Diterima” – Uncle Kentang Kesal Sikap Peminjam Kereta Bantuannya

Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang merupakan seorang aktivis serta sukarelawan kemanusiaan yang telah mendapat perhatian di negara ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Uncle Kentang Terima Anugerah ‘Point Of Light’ Dari Ratu Elizabeth II

Beliau mula terkenal sejak bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Sebelum ini, Uncle Kentang juga pernah menerima anugerah Point of Light daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya.

Sememangnya, aktiviti yang dijalankan sememangnya dikagumi masyarakat tanah air oleh sebab beliau sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi menolong orang yang memerlukan.

Kereta bantuan Uncle Kentang terbabit kemalangan

Terdahulu, aktivis berusia 58 tahun itu telah memuat naik gambar kereta yang rosak teruk akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Perkara itu dikongsikan oleh beliau di laman Facebook miliknya memaparkan salah satu kereta bantuan yang dipinjamkan kepada individu yang memerlukan.

Susah lah ini macam. Kasi kereta, kereta kasi wrecked. Kami lah jadi mangsa nak repair. Aku masih sabar.

Perkongsian itu turut menimbulkan pelbagai reaksi ramai yang kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab penerima bantuan terbabit.

Uncle Kentang beri respon balas

Berhubung dengan kejadian itu, Kuan telah memberikan respon selepas diminta mengulas mengenai insiden satu daripada kereta bantuan miliknya rosak akibat kecuaian peminjam.

Bila kita dapat sesuatu bantuan, sepatutnya perlulah dihargai dan dijaga dengan baik.

Teguran ini juga ditujukan kepada semua yang meminjam kenderaan kami supaya menjaga dan memandulah dengan baik.

Tambahnya lagi, beliau mengakui tidak begitu marah oleh kerana kemalangan tidak boleh dijangka, sebaliknya alasan yang diberikan peminjam langsung tidak masuk akal.

Uncle Kentang
Uncle Kentang

Bukanlah saya marah kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja, tetapi alasan baca mesej sambil memandu tidak boleh diterima.

Menurutnya, setakat ini pihaknya mempunyai 20 kereta bantuan yang diberi pinjam secara percuma untuk kegunaan golongan yang memerlukan.

Kita beri pinjam kereta itu untuk dia buat penghantaran, supaya ada sedikit pendapatan. Tetapi tidak sangka, semalam kita bagi, esok sudah rosak.

Katanya lagi, apabila kejadian sedemikian berlaku, pihaknya perlu menangung segala kos kerosakan. Walaupun boleh menuntut insurans, namun peminjam perlulah sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk menjaga kereta tersebut.

Kredit: Facebook Uncle Kentang I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas