Connect with us

Oh! Media

Uncle Kentang Terima Anugerah ‘Point Of Light’ Dari Ratu Elizabeth II

Oh! Tidak

Uncle Kentang Terima Anugerah ‘Point Of Light’ Dari Ratu Elizabeth II

Siapa tak kenal Uncle Kentang? seorang aktivis sosial yang tidak berat tulang untuk menolong orang ramai dan sering memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan sehingga mendapat perhatian daripada semua pihak termasuklah Ratu Elizabeth sendiri.

ADVERTISEMENT

Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bakal menerima anugerah ‘Point of Light’ dari Ratu Elizabeth II di atas sumbangannya kepada masyarakat dalam melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan.

‘Point Of Light’ merupakan sebuah anugerah yang diberikan kepada individu dari negara komanwel sebagai tanda pengiktirafan kerja sukarelawan insan dalam melakukan perubahan dalam komuniti mereka.

Beliau melalui hantarannya di Facebook berkata, anugerah ini akan didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menghulurkan sumbangan dan sokongan selama beliau menjayakan misi bantuan ini.

Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri tetapi ia adalah hak anda semua dan hak rakyat Malaysia. Saya hanyalah wakil yang hadir untuk menerima anugerah itu.

Uncle Kentang akan dijadualkan menerima anugerah itu di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur sempena hari lahir baginda pada 12 Jun 2021.

Uncle Kentang melalui hantarannya di Facebook tentang anugarah yang bakal diterimanya

Beliau menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah ini yang terdahulu penerimanya ialah doktor patung beruang, Dr. Madhusudhan Shanmugam dan penyelidik tuntung, Dr. Chen Pelf Nyok.

Kredit: Kosmo!, Kuan Chee Heng

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas