Oh! Geekz
Fahmi Fadzil Mahu Facebook Lebih Proaktif Guna AI
Platform media sosial, Facebook berjaya meraih pendapatan sebanyak RM2.5 bilion di Malaysia pada tahun 2023.
Pendapatan besar itu buatkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan yang ia perlu seiring dengan tanggungjawab menggunakan teknologi AI untuk menyekat sesuatu perkara yang tak patut yang berpotensi menggugat keharmonian masyarakat.
Menurut laporan Utusan Malaysia, AI seharusnya digunakan secara lebih efektif bagi menangani tiga jenayah utama yang kini kerap berlaku seperti penipuan dan perjudian dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak kata Fahmi.
Apa guna ada AI? Apa guna mereka ambil duit dari rakyat Malaysia, iaitu pendapatan Facebook pada tahun 2023 adalah RM2.5 bilion. Takkan mereka tidak ada bajet untuk buat saringan automatik terhadap halaman-halaman jenayah ini.
Fahmi Fadzil mahu Facebook proaktif

Fahmi turut meluahkan kekecewaan kerana pengendali Facebook lambat bertindak untuk menurunkan kandungan yang berunsur jenayah dan hanya bertindak selepas dapat aduan rasmi.
Katanya lagi, tindakan ini terlalu reaktif dan tidak membantu mencegah jenayah di platform berkenaan secara efektif.
Fahmi juga memberikan contoh seperti penularan halaman berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di laman X yang mencetuskan kebimbangan ramai.
Bukan tu jer, Menteri Komunikasi itu juga berkata yang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mendapatkan bantuan teknikal bagi mengekang aktiviti ini.
Saya percaya Meta (penyedia platform) telah menurunkan kandungan itu, tapi masalahnya Meta tidak proaktif. Hanya setelah dibangkitkan, baru tindakan diambil. Sepatutnya, platform-platform ini telah flag daripada awal.
#OhmediaNasihat
Platform media sosial bukan sekadar tempat bersosial, ia turut menjadi ruang yang perlu dipantau untuk menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat. Teknologi seperti AI sepatutnya digunakan sepenuhnya bagi mencegah jenayah maya, bukan sekadar untuk menambah keuntungan.
Masyarakat juga perlu lebih peka dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di platform ini agar semua pihak dapat bersama-sama memelihara keselamatan digital.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Utusan Malaysia
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM