Connect with us

Oh! Media

Adab Masyarakat Semakin Terhakis? Teguran Ni Sure ‘Makan Dalam’!

KAWAN FOOD

Trending

Adab Masyarakat Semakin Terhakis? Teguran Ni Sure ‘Makan Dalam’!

Semakin hari makin banyak pula kisah-kisah masyarakat yang viral di media sosial. Jika dulu perkara ini boleh dianggap janggal. Namun hari ni, ia umpama satu kebiasaan sehinggakan mula menghasi perasaan malu dalam diri.

ADVERTISEMENT

Jadi sebab itulah kali ni Oh! Media nak kongsikan video renungan untuk korang, supaya kita dapat membetulkan perkara yang biasa dan membiasakan perkara yang betul.

1. Kejar pahala ke followers?

Orang sekarang ni,semua benda nak tunjuk. Mungkin ada yang menganggap berkongsi perbuatan baik dapat mengajak orang lain melakukan perkara yang sama.

Tapi harus diingat, perkara yang kita nak kongsikan tu mestilah sesuai keadaan dan situasinya. Kalau setakat nak pujian je, hilang pahala.

2. Tak baik tipu pembeli tau!

Inilah orang kita, asal viral je laju je semua. Sampaikan ada yang sanggup beratur panjang sehingga berjam lamanya pula tu. 

Masalahnya sekarang ni, benda yang viral ni ‘indah khabar dari rupa’. Salah satunya macam cerita karipap angin ni. Baik makan yang frozen, trusted dan sedap pula tu.

3. Jaga kelakuan anak bila datang beraya!

Nak marah tapi bukan anak kita. Ibu bapa yang ada anak kecil kat luar sana tu, tolong kawal anak-anak korang bila sedang menziarah rumah orang ya.

Jangan guna alasan “budak-budak lagi”, kalau korang sebagai ibu bapa tak tegas, macam mana anak korang nak tau apa yang mereka lakukan tu salah!

4. Gaduh jangan semua nak upload dekat sosial media!

Sedar tak sedar ni paling ramai buat, gaduh sikit mulalah up status macam masalah paling besar di dunia. Padahal perkara tu boleh dibawa berbincang.

Raya ni apa kata korang belajar untuk menjaga ‘aib’ diri dan keluarga, jangan mudah sangat nak bagitau followers ‘masalah’ korang tu. 

Kawan Food beri teguran ‘makan dalam’ buat masyarakat

Nampak simple, tapi inilah teguran yang Kawan Food nak kongsikan bersama semua sempena menyambut bulan mulia umat Islam Ramadan dan Syawal. 

Walaupun kita rasa ia nampak mudah, tapi sudah sampai masanya untuk kita pupuk kembali adab, dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni.

Sempena Syawal ini, Kawan Food ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kalau korang nak jemput saudara mara atau sahabat handai datang ke rumah, bolehlah beli produk Kawan Food buat stok. Mudah dan cepat je nak disediakan.

Sekarang ni tengah ada promosi Beli 2 Percuma 1. Bila korang beli 2 bungkus Malabar Roti korang akan dapat sebungkus (12 pek) Check Up Tarik secara PERCUMA!

Tunggu apa lagi? Jom beli sekarang, sebab promosi ni sah sehingga 8 Mei 2022.

Maklumat lanjut mengenai Kawan Food, korang boleh klik di SINI

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas