Connect with us

Oh! Media

Roti Canai Hidangan Kedua Terbaik Di Dunia, Tapi Tetap Nombor 1 Di Hati Rakyat Malaysia

Ohmedia samsung 1

Branded

Roti Canai Hidangan Kedua Terbaik Di Dunia, Tapi Tetap Nombor 1 Di Hati Rakyat Malaysia

Mana boleh tempat kedua? Di hati kita, roti canai sentiasa nombor satu.

Baru-baru ini, portal makanan antarabangsa TasteAtlas menamakan roti canai sebagai hidangan kedua terbaik di dunia dalam senarai “Top 100 Best Dishes in the World 2023/2024.” Di tangga pertama: picanha dari Brazil.

Tapi bagi rakyat Malaysia, kita tahu yang roti canai bukan sekadar makanan, ia adalah jiwa kita.

Ad 4nxfy4qdh0zwlr37xrclxznzxhvfu6k1u1kuhj5opv85kvocbdsr8 i9mldpewzk32niy 9thm7yy4bdlmnsoky9w5p62ms1zyeyue9 crdvwm7q hlftr3gmgffobkmnc7hi3swhwg
Gambar kredit XTasteAtlas

Makanan Murah, Tapi Penuh Rasa & Kenangan

Rangup di luar, lembut di dalam. Dihidang pula dengan kuah dhal, kari ayam, sambal, atau kadang-kadang cuma gula dan susu pekat, roti canai sentiasa kena pada selera.

Tapi keistimewaan sebenar roti canai bukan pada bahan, tapi pada memori yang datang bersamanya. Dari sarapan hujung minggu dengan keluarga, lepak mamak lepas tengok bola, sampai ke makan malam hujung bulan masa poket kering, roti canai sentiasa ada.

Dulu Di Gerai, Kini Di Peti Ais Kita

Kita semua kenal suasana restoran mamak: hiruk-pikuk, bau kari semerbak, teh tarik berbuih, di situlah roti canai dilahirkan dan dibesarkan.

Tapi zaman dah berubah.

Hari ini, ramai antara kita merantau, sama ada belajar di luar negara, berpindah ke bandar lain, atau sekadar sibuk dengan rutin harian. Di sinilah kaWan Food memainkan peranan penting, menjadikan roti canai mudah diakses bila-bila masa, di mana jua. Paling penting rasa sama macam makan kat restoran mamak!

Roti Canai kaWan Sentiasa ‘Dekat’ Dengan Rakyat Malaysia

2025 07 10 184813

Kalau korang nak tau, Roti Chanai kaWan bukan roti canai biasa. Ia dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi dan melalui proses ‘quick freeze’ bagi mengekalkan rasa, tekstur dan kesegaran, sama macam yang kita makan di mamak.

Tak perlu uli, tak perlu flip. Letak atas kuali panas atau masuk oven/air fryer, beberapa minit sahaja dah siap, dan rasanya? Memang puas hati.

Dan yang paling best, boleh dibawa ke luar negara. Ramai rakyat Malaysia di UK, Australia atau Timur Tengah yang jadikan Roti Chanai kaWan sebagai stok wajib dalam freezer mereka tau. So terubat sikitlah rasa rindu tu.

Proses Pembuatan Bertaraf Dunia

kaWan bukan sekadar keluarkan makanan sejuk beku, mereka komited terhadap keselamatan makanan dan standard kualiti antarabangsa.

Setiap keping roti canai yang keluar dari kilang mereka telah melalui kawalan rapi dari segi kebersihan, suhu, dan bahan mentah, supaya apa yang sampai ke pinggan anda bukan saja sedap, tapi juga selamat dan dipercayai.

Nak tengok sendiri macam mana seriusnya mereka jaga kualiti? Boleh tonton video kilang mereka di sini:

Dari Mamak ke Microwave, Roti Chanai kaWan Tetap Ikon Kebanggaan Malaysia

Senarai TasteAtlas mungkin letak kita di tempat kedua. Tapi bagi rakyat Malaysia, roti canai adalah juara sebenar, dari segi rasa, memori, dan identiti. Ia menyatukan kita tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Sekarang, dengan adanya kaWan, kita boleh terus menikmati roti canai tanpa sempadan tak kira kita di Subang, Sydney atau Sheffield.

Roti Chanai: Mungkin #2 di dunia, tapi sentiasa #1 di hati rakyat Malaysia.

Dapatkan Roti Chanai kaWan hari ini di pasar raya terdekat, atau terus beli dari laman rasmi mereka, Shopee atau Lazada.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas