Connect with us

Oh! Media

“Tak Dapat Business, Ini Pun Dah Macam Separuh Luxury”- Emirates Bawa Kelas Ekonomi Premium ke Kuala Lumpur

Ohmedia emirates

Oh! Travel

“Tak Dapat Business, Ini Pun Dah Macam Separuh Luxury”- Emirates Bawa Kelas Ekonomi Premium ke Kuala Lumpur

Kalau sebelum ni nak merasa naik business class Emirates tu ibarat mimpi sebab bajet tak lepas, sekarang korang boleh upgrade experience dengan harga lebih mampu.

Emirates baru saja mengumumkan, penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur (dan sebaliknya) menggunakan Boeing 777 yang dah dipasang semula lengkap dengan Kelas Ekonomi Premium.

Apa Yang Menarik Dengan Ekonomi Premium?

Premium Economy wide

Bayangkan naik flight panjang, tapi kerusi luas, ruang kaki lega, siap ada meja kayu polished ala hotel mewah.

IKLAN
Cabin frontview premium Economy 1079

Hidangan pula bukan biasa-biasa pinggan menggunakan mangkuk Royal Doulton, kutleri stainless steel siap balut linen, dan pilihan wain serta minuman eksklusif. Feeling dia memang lain, macam naik business class versi “budget-friendly”.

Rasa lebih selesa, lebih eksklusif

Kv premium Economy Launch Kl

Tak cukup dengan seat yang lebih selesa, penumpang Ekonomi Premium juga dapat elaun bagasi 35kg check-in + 10kg hand-carry.

Jadi kalau kaki shopping kat Dubai Mall tu, memang tak payah risau overweight.

Country Manager Welcome Speech wide premium Economy

Emirates melihat Malaysia sebagai pasaran utama sejak hampir tiga dekad. Menurut Saeed Mubarak, Pengurus Negara Emirates di Malaysia, pembaharuan dalaman pesawat dan pengenalan Ekonomi Premium memberi lebih keselesaan serta pengalaman konsisten di semua kabin. Katanya, pelaburan berterusan ini membezakan Emirates dalam industri dan menakrif semula makna perjalanan bagi jutaan penumpang di seluruh dunia.

Dah Boleh Buat Tempahan Sekarang!

Penerbangan EK346 dari Dubai ke KL akan sampai pukul 2:25 petang, manakala flight balik EK347 dari KL ke Dubai akan berlepas pukul 7:10 malam.

Buat masa ni, Emirates sudah menaiktaraf 67 pesawat dan menyasarkan 219 pesawat siap menjelang 2026 – maknanya seats Ekonomi Premium ni makin banyak dan makin senang nak dapat.

So guys, kalau ada plan ke Europe, US atau Middle East, sekarang dah ada peluang nak merasa servis Emirates yang top-notch dengan bajet yang lebih masuk akal.

Pelanggan boleh menempah penerbangan Ekonomi Premium sekarang juga melalui emirates.com atau Aplikasi Emirates

p/s: Tak dapat premium full, half premium pun dah cukup buat orang lain jeles tengok IG stories korang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas