Oh! Travel
Jom Bercuti Ke Pulau Jeju Di Korea Selatan, Wajib Rasa Makanan Laut Yang Segar Ditangkap
Oleh
Annyeonghaseyo korang!
Pulau Jeju di Korea Selatan sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sentiasa menerima kunjungan pelancong dari serata dunia.
Malah, Pulau Jeju juga diibaratkan seperti gabungan Cameron Highlands dan Pulau Langkawi di Malaysia.
Ha.. Korang belum pernah bercuti ke Pulau Jeju, nak bercuti tapi tak tahu nak ke mana?
Berikut adalah beberapa destinasi menarik dan wajib dikunjungi apabila melancong ke Pulau Jeju.
Ladang Dan Muzium Teh O’Sulloc
Destinasi pertama yang korang wajib singgah adalah ladang dan muzium teh O’Sulloc yang merupakan antara ladang teh yang terbesar di Korea Selatan.
Dekat sini, korang dapat menikmati keindahan dengan berjalan di sekitar ladang teh O’Sulloc yang dikelilingi dengan ladang teh hijau yang mengunung.
Peminat teh hijau wajib datang dan mencuba teh tradisional yang dihasilkan daripada ladang teh O’Sulloc yang sangat berkualiti.
Tambahan, destinasi ini juga merupakan antara ‘hotspot’ bagi pelancong yang datang bercuti ke Pulau Jeju.
Muzium ini turut mempamerkan beberapa cawan teh yang pelbagai dan bekas yang pernah digunakan pada suatu ketika dahulu.
Kalau korang dah penat berjalan, jangan risau ada cafe yang menyediakan manisan seperti aiskrim teh hijau dan beberapa menu lain.
Innisfree Jeju House
Siapa je yang tak kenal dengan jenama popular produk penjagaan kulit Innisfree yang berasal daripada Korea Selatan?
Jenama Innisfree ini sangat terkenal dengan penghasilan produk penjagaan kulit yang menggunakan bahan semula jadi daripada Pulau Jeju.
Mereka mempunyai sebuah kedai yang sangat menarik dan hanya bersebelahan dengan O’Sulloc Tea Farm and Museum.
Di Innisfree Jeju House, korang dapat merasai pengalaman membuat sabun sendiri dan beberapa produk lain.
Tangerine Farm
Untuk pengetahun korang, Pulau Jeju ini sangat terkenal dengan buah tangerin atau lebih dikenali limau mandarin.
Menariknya, di Tangerine Farm korang boleh merasai pengalaman memetik buah tangerin itu sendiri dan ia adalah aktiviti yang menjimatkan kos.
Selain dari memetik buah tangerin, ada juga beberapa tempat instagrammbale untuk korang mengambil gambar.
Selesai melakukan aktiviti ini, korang juga boleh layan diri dengan menikmati penyediaan teh yuzu bersama jem tangerine dan biskut.
Bukit Camellia
Terdapat beratus-ratus tumbuhan dan spesis bunga liar yang hidup di Bukit Camellia.
Waktu yang terbaik untuk orang berkunjung ke Bukit Camellia adalah pada musim sejuk, luruh dan juga musim panas.
Korang boleh membuat penempahan online untuk memasuki destinasi ini atau boleh bayar tiket masuk yang bernilai ₩8,000 (RM28.53).
Wajib tau singgah ke Bukit Camellia ada pelbagai jenis bunga yang korang belum pernah jumpa.
Pantai Hyeopjae
Dah bercuti di Pulau Jeju, mestilah wajib singgah ke Pantai Hyeopjae yang terletak di bahagian barat Halim-eup.
Pantai Hyeopjae sangat cantik kerana bukan sahaja mempunyai air pantai yang jernih malah terdapat pasir putih yang halus.
Di sini, korang boleh bermandi manda dan juga bermain papan meluncur di pantai sambil mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.
Restoran Daewonga
Nak makan menu seafood yang segar? Wajib singgah ke restoran Daewonga.
Restoran ini menyediakan sup rebus makanan laut yang menyelerakan yang korang boleh nikmati bersama dengan rakan-rakan lain.
Antara makanan laut yang disediakan abalon, kerang, ketam dan sotong semuanya dalam satu periuk dengan kuah kimchi yang enak.
Menariknya, ke semua makanan laut yang dimasak di restoran ini ditangkap segar oleh penyelam haenyeo yang terkenal di Pulau Jeju.
Ha.. tunggu apa lagi jom tempah tiket bercuti ke Pulau Jeju sekarang!
Tip tambahan: untuk korang yang nak meneroka dengan lebih Pulau Jeju dinasihatkan menyewa kereta kerana lebih senang untuk bergerak ke sesuatu destinasi.
BACA: Tak Sangka Hanya RM4k, Anda Mampu Bercuti Ke Korea Selatan Sewaktu Musim Sejuk
Sebelum ini kami ada kongsikan perjalanan bercuti ke Korea Selatan sewaktu musim sejuk dengan hanya kos perbelanjaan RM4k.
Kredit: TikTok Sabadzue
+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.