Connect with us

Oh! Media

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! 

Oh! Podcast

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! 

Sejak K-Drama mula mendominasi masyarakat di Malaysia, ramai yang berhasrat untuk berkunjung ke Korea bagi merasai sendiri pengalaman berada di negara tersebut. Pengaruh budaya Korea terhadap rakyat Malaysia kini semakin meluas, terutamanya dalam bidang kecantikan, idola K-pop, dan fesyen.

Episod kali ini menampilkan suasana berbeza apabila Oh! Podcast menjemput Aisyah, seorang gadis Malaysia yang pernah menetap dan belajar selama setahun di Korea Selatan. Dalam sesi santai ini, Aisyah yang kini bekerja sebagai content creator dan fasih berbahasa Korea berkongsi pengalaman sebenar di sebalik kehidupan yang sering digambarkan indah di media sosial.

Beliau turut mendedahkan sisi gelap kehidupan di Korea, termasuk cabaran sebagai orang luar dan realiti berbeza daripada apa yang sering dilihat di kaca mata pelancong. Episod ini sangat berguna untuk mereka yang bercadang menyambung pengajian atau melancong ke sana.

IKLAN

Tonton episod penuh di Oh! Podcast melalui saluran rasmi YouTube Oh! Media untuk mendengar kisah sebenar daripada pengalaman Aisyah sendiri!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Aqinna B
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Ke Atas