Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Hilang Dua Hari, Ditemui Dalam Tangki Septik

Trending

Warga Emas Hilang Dua Hari, Ditemui Dalam Tangki Septik

Detik cemas terpaksa dihadapi oleh seorang adik apabila mendapati kakaknya yang berstatus warga emas hilang dari kediamannya di Kampung Sempadi, Lundu, menyebabkan dia dengan segera membuat laporan polis dan kali terakhir mangsa dilihat ketika berjalan dibelakang rumahnya tengah hari semalam.

ADVERTISEMENT

Namun, dia akhirnya dapat menarik nafas lega selepas wanita warga emas yang dikenali sebagai Fatimah Mohammad, 62, dijumpai di dalam tangki septik di belakang Dewan Serbaguna Lundu, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, adik kepada mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Lundu petang semalam sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi pada jam 5.34 petang bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR)

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, operasi pencarian disertai oleh 10 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Lundu serta turut dibantu oleh enam anggota Polis termasuk Unit Anjing Pengesan K9, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 36 penduduk kampung.

Operasi pencarian tertumpu di kawasan hutan berdekatan kampung itu termasuk di kawasan sungai

Akhirnya mangsa berjaya dijumpai oleh penduduk kampung di dalam tangki septik pada jam 2.20 petang tadi di belakang Dewan Serbaguna Lundu.

Anggota bomba segera memasuki tangki berkenaan bagi menyelamatkan mangsa.

Jurucakap PGO JBPM Sarawak berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat namun kelihatan lemah sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sempadi untuk menerima rawatan.

Katanya lagi, punca wanita berkenaan berada di dalam tangki tersebut masih tidak diketahui.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas