
Trending
Operasi Cari Mangsa Hilang Di Telemong, Bentong Diteruskan APM
Oleh
Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa yang hilang dihanyut arus deras di Kampung Batu 18, Telemong Bentong diteruskan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
BACA: “Mungkin Hari Ini Hari Mereka..”- Pengusaha River Cruise Bawa 3 Bot Rentas Negeri
Menerusi laporan yang dimuat naik di APMtwitter, 10 anggota dan seorang pegawai APM telah turut sama membantu mencari mangsa yang hilang dihanyut arus deras banjir.

Setakat ini, empat mangsa sudah ditemui manakala seorang lagi masih dalam pencarian.
SEARCH AND RESCUE (SAR) DI KG. BATU 18 TELEMONG
— Official Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (@APMtwiter) December 22, 2021
Operasi mencari & menyelamat 5 mangsa yang hilang di Kg. Batu 18, Telemong dijalankan oleh APM daerah Bentong.
4 mangsa ditemui manakala seorang mangsa masih dalam pencarian dengan kekuatan 10 anggota serta seorang pengawai APM. pic.twitter.com/IgF7Gy32CM
Kelihatan di dalam video, seramai lima anggota APM berada di dalam satu bot menjalankan misi mencari mangsa.


Semoga misi pencarian itu berjaya dan semoga mangsa ditemukan dalam keadaan yang baik. Semoga dipermudahkan juga urusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan lain yang sama-sama membanting tulang mencari mangsa yang hilang.
Kredit: Twitter
