Connect with us

Oh! Media

Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Abang Viva Anggap Berkat Doa Ibu Bapa Dan Orang Ramai

Abg Viva

Oh! Inspirasi

Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah, Abang Viva Anggap Berkat Doa Ibu Bapa Dan Orang Ramai

Selayaknya digelar sebagai hero, saudara Azwan Omar raih pujian ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan demi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang dan Pahang.

Hanya berbekalkan RM50 di dalam poket, keprihatinan Azwan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menjadi inspirasi kepada orang ramai.

BACA: Jaga Anak Buah Lepas Kakak Meninggal, Netizen Kagum Dengan Kisah Hidup Abang Viva

IKLAN

Terbaru, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan sukacitanya menganugerahkan Abang Viva ‘Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya’ di atas sumbangan dan komitmen yang sangat tinggi menyelamatkan orang awam ketika banjir.

Bersyukur dengan penghargaan tersebut, Abang Viva menerusi sebuah hantaran di TikTok menganggap ianya berkat doa ibu bapa dan orang ramai yang tidak henti-henti selama ini.

@abangvivaofficial #abangvivaofficial #atar1 ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Baru lima jam dimuat naik, hantaran tersebut menerima hampir 800,000 tontonan dan ribuan komen. Warganet mengucapkan tahniah dan menyifatkan Azwan Omar selayaknya menerima sijil itu.

Kredit: Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia | TikTok @abangvivaofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas