Connect with us

Oh! Media

Wanita Koma Akibat Didera Suami, Keluarga Mentua Pula Didakwa Tak Peduli Nafkah Cucu

Dera

Trending

Wanita Koma Akibat Didera Suami, Keluarga Mentua Pula Didakwa Tak Peduli Nafkah Cucu

Gempar seketika media tempatan apabila satu kes penderaan seorang lelaki terhadap isterinya yang sehingga kini masih tidak terbela.

ADVERTISEMENT

BACA : “Gangguan Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Boleh Dipenjarakan” – Peguam Syarie

Mangsa, Jahidah Nordin yang dilaporkan teruk dibelasah masih lagi terlantar di atas katil dengan kerosakan otak yang kekal.

Lebih menyayat hati, Jahidah juga dilaporkan tidak boleh berinteraksi dan bermesra dengan anaknya, Eshan Nufail kerana kesakitannya itu.

Menurut adik kepada Jahidar, Fauziah Nordin memaklumkan bahawa suami ‘durjana’ kakaknya itu kini berada di penjara Johor Bahru dan perbicaraan mengenai kes keganasan rumah tangga itu akan bermula pada 6 Julai ini.

@ziahzara15 Replying to @wawamansor689 sakit sihat nufail kami ada bersama nufail. #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #babyajaib #eshannufail #babyjahidah ♬ Ya Allah – Wali

Dalam pada itu, Fauziah turut meluahkan rasa kesal kerana keluarga suami kakaknya itu tidak tampil ke hadapan untuk melawat, jauh sekali untuk bertanya khabar semenjak Jahidah jatuh koma sekitar bulan Mei tahun lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan keadaan Jahidah kini yang tidak mampu berbuat apa-apa dan sedang melawan kesakitan.

Kata netizen, keluarga suami Jahidah tidak sepatutnya mendiamkan diri kerana mempunyai cucu (Naufal) yang perlu ditanggung dan diberi nafkah.

Berat tanggungjawab mereka. Nafkah waris diorang kena tanggung. Culas tanggungjawab menjawab la di akhirat.

Terdahulu, Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor akibat dicederakan suaminya pada Mei tahun lalu.

Dia yang pada ketika itu hamil telah melahirkan anaknya, Eshan Naufal pada 30 November tahun lalu menerusi prosedur pembedahan.

Kredit: Tiktok @ziahzara15

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas