Connect with us

Oh! Media

“Gangguan Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Boleh Dipenjarakan” – Peguam Syarie

Trending

“Gangguan Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Boleh Dipenjarakan” – Peguam Syarie

Seperti yang kita tahu, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya telah mengambil tindakan saman terhadap orang ketiga yang telah mengganggu rumah tangganya.

ADVERTISEMENT

BACA: Puteri Sarah Nekad Saman Penyondol Lepas Solat Istikarah, Perjuang Hak Sebagai Isteri

Kesabaran serta kelantangan yang ditunjukkan Puteri Sarah itu sedikit sebanyak memberikan inspirasi buat golongan isteri di luar sana yang menghadapi situasi yang hampir sama dengan pelakon berkenaan.

Pihak ketiga boleh dipenjarakan

Bukan itu sahaja, masalah rumah tangga yang dihadapi Puteri Sarah ini juga mendapat perhatian seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah yang turut berkongsi beberapa fakta serta pandangan mengenai gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik peguam syarie itu di akaun Instagramnya, gangguan dari pihak ketiga terhadap rumah tangga seseorang merupakan satu tindakan jenayah dan boleh dikenakan denda atau penjara.

Gangguan dari pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ianya merupakan satu kesalahan JENAYAH syariah. Ya! Mengganggu rumah tangga orang lain adalah satu JENAYAH ya.

Nampak seronok ganggu rumah tangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang, tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PENJARA atau DENDA atau SEBATAN atau mana-mana kombinasi hukuman.

Peguam syarie Nurul Atikah turut menasihatkan untuk seseorang itu tidak menormalisasikan kehidupan sebagai seorang skandal ataupun orang ketiga yang mengganggu serta menghancurkan rumah tangga orang lain.

Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skandal suami orang. Mana sikap perempuan melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita.

Haa dengar tu semua, jangan ingat seronok jadi orang ketiga ni. Kalau disabitkan kesalahan, pihak ketiga boleh dipenjara, didenda ataupun disebat tau. Semoga kita semua dihindari dari melakukan perbuatan merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.

Kredit: Instagram peguamsyarie_atikah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas