Trending
“Budak Tu Sampai Makan Kayu” – Kanak-Kanak Autism Didakwa Dikurung Dalam Stor Tadika Terkenal Di Shah Alam
Caprice dedah perlakuan mengejutkan pengasuh di sebuah tadika swasta di Shah Alam.
Penyanyi rap terkenal, Caprice membuat pendedahan mengejutkan mengenai sebuah tadika popular di Shah Alam yang didakwa melakukan pengabaian dan penderaan terhadap anak istimewa.
Dalam hantarannya, seorang kanak-kanak autism didakwa dikurung dan dibogelkan dalam bilik stor sehingga dia terpaksa memakan kayu di bilik tersebut.
Netizen desak JKM dan pihak berkuasa ambil tindakan
Dakwaan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan serius mengenai tahap keselamatan dan kebajikan mangsa.
Orang ramai menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan, khususnya kerana melibatkan anak syurga yang sepatutnya diberi perhatian dan kasih sayang.
Ruangan komen media sosial dipenuhi dengan gesaan agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) segera bertindak dan menjalankan siasatan terhadap pihak terlibat.
Pssttt! Tindakan tidak berperikemanusiaan seperti ini wajar dikutuk dan disiasat segera. Kanak-kanak berkeperluan khas sepatutnya dilindungi, bukannya diperlakukan seperti tiada nilai. Semoga keadilan segera ditegakkan dan pihak bersalah dikenakan tindakan setimpal.
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM