Connect with us

Oh! Media

Ustaz Didakwa Rakam Video Jelik Dengan Isteri Yang Merupakan Cleopatra eHati

Ohmedia ehati

Oh! Tidak

Ustaz Didakwa Rakam Video Jelik Dengan Isteri Yang Merupakan Cleopatra eHati

Tular dakwaan ustaz rakam video lucah bersama isteri. Mona Din dedah PDRM dikatakan sudah kutip bukti selepas laporan dibuat.

Tular di media sosial pendedahan mengejutkan daripada aktivis terkenal Mona Din di media sosial melibatkan seorang ustaz yang juga pengetua sekolah agama.

Dakwa aktivis ini, ustaz tersebut dikatakan terlibat dalam rakaman video lucah bersama isterinya sendiri. Isterinya dikatakan, salah seorang cleopatra dalam program eHati yang sedang kecoh diperkatakan kini.

Didakwa isteri terlibat dalam kumpulan cleopatra DT eHati

Lebih mengejutkan, video tersebut didakwa ditonton oleh beberapa individu lain.

IKLAN
Mona Din

Nasib baiklah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak pantas selepas laporan dihantar.

Tahniah PDRM bertindak pantas malam tadi kutip barang bukti sebaik saya forward laporan.

Di ruangan komen, pempengaruh Cikgu Mohd Fadli Salleh berkata, pihak polis sangat serius menangani isu program motivasi yang didakwa ada unsur lucah.

Mona Din

Beliau berkongsi ada peserta program yang dipanggil polis untuk memberi keterangan tetapi mengelak. Pelbagai alasan diberikan mereka antaranya perlu bekerja dan menghantar anak ke tuisyen malam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil 50 orang untuk diambil keterangan.

Jelasnya, siasatan juga akan tertumpu kepada kandungan ‘Air Piya’ yang didakwa ada bahan psikoaktif yang mengkhayalkan.

Pssttt! Kalau benar dakwaan ini, ia amat mengecewakan lebih-lebih lagi melibatkan individu bergelar agamawan dan pendidik. Tindakan pantas PDRM harus dipuji, namun masyarakat juga perlu berhati-hati agar tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengundang fitnah atau gangguan kepada siasatan.

Kredit: Facebook Mona Din
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas