Connect with us

Oh! Media

Tular Video Pembantu Rumah Tergamak Pukul Dan Menghayun Bayi Berusia Dua Bulan

bayi

Oh! Tidak

Tular Video Pembantu Rumah Tergamak Pukul Dan Menghayun Bayi Berusia Dua Bulan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pembantu rumah tergamak memukul dan menghayun bayi perempuan baru saja berusia dua bulan.

ADVERTISEMENT

Menurut Amyra, dia menyedari kejadian itu selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya selepas mendengar bunyi kuat dari bilik anaknya.

Luluh hati saya bila tengok balik rakaman CCTV, walhal anak saya ni senang sangat dijaga.

Kuat dia pukul. Saya terus halau dia keluar rumah kerana dia berani buat begitu ketika saya ada di rumah.

Tambahan, Amyra juga berkata dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara online dan tidak pernah tinggalkan anaknya sendirian dengan amah tersebut.

Bayi

Itupun dia berani buat dan nasib baik ada CCTV. Saya sudah buat laporan polis dan me­nyerahkan perkara itu kepada ejen perkhidmatan pembantu rumah untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Amyra memberitahu dia sebelum ini ada pengalaman buruk de­ngan pembantu rumah yang me­larikan barang kemas miliknya bernilai lebih RM5,000.

Sebelum ini, video yang tular itu telah dimuat naik oleh ibu bayi berkenaan di akaun TikTok miliknya telah meraih simpati orang ramai dan mengecam perbuatan pembantu rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas sehari tular dan mendapat pelbagai reaksi orang awam, video berkenaan sudah dipadam dan tiada di media sosial.

Kesian bayi itu, masih kecil sudah dipukul. Lebih baik berhentikan saja pembantu rumah, takut kejadian lain pula yang berlaku kepada anak awak.

Ya Allah, majikan baik, pembantu rumah pula yang bermasalah. Semoga dapat pem­bantu rumah yang baik selepas ini.

BACA: “5 Tahun TTC” – Netizen Korek Pengasuh Dera Bayi Cuba Nak Dapat Anak Sejak Umur 16?

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah mengenai seorang pengasuh bertindak mendera seorang bayi berusia 11 bulan di sebuah taska swasta terletak di Skudai, Johor.

Kredit: Kosmo!

+ Baca artikle penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas