Connect with us

Oh! Media

Penghantar Makanan Mengamuk Dihon Selepas Langgar Lampu Merah

Ohmedia rider mengamuk

Trending

Penghantar Makanan Mengamuk Dihon Selepas Langgar Lampu Merah

Terlalu banyak kes kemalangan motosikal melibatkan penghantar makanan yang kita dapat dengar dan tidak dapat dinafikan ada segelintir rider yang telah menunggang motosikal secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan diri, apatah lagi pengguna jalan raya lain.

Terbaru, tersebar rakaman video menunjukkan seorang rider mengamuk apabila dihon seorang pemandu selepas rider terbabit didapati melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian yang berlaku di hadapan Hotel Impiana KLCC itu dirakam pemandu kereta terbabit dan dikongsikan Jabatan Netizen Malaysia di Twitter.

IKLAN

Saya bunyikan hon sedikit sahaja kerana dapati rider ini telah langgar lampu merah dan itu adalah tempat pejalan kaki.

Setelah dia mendengar hon kereta saya, dia berhentikan motor dia di hadapan tengah jalan, dan uturn di tengah jalan untuk tunggu saya lalu. Semasa saya lalu, dia mengajak saya gaduh, ajak berhenti tepi kerana dia sangat tidak berpuas hati kerana saya hanya membunyikan hon. – Kongsi mangsa.

Ramai yang kongsikan pengalaman sama bila berjumpa dengan rider di atas jalan raya

Sepatutnya setiap rider mengambil iktibar dan tidak seharusnya menjadikan kebiasaan melanggar lampu isyarat semata-mata ingin mengejar pesanan.

Kredit: Twitter Jabatan Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas