Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

“Tu Penyakit Orang Tua..” – Suami Minta Cerai Kerana Geli Isteri Ada Diabetes Lepas Bersalin

Tular di X, cerita tentang suami sanggup ceraikan isteri selepas mengetahui isteri menghidapi kencing manis selepas beranak. Ada juga ye orang macam ni?

BACA: “Kembali Dengan Perut Mengandung Sedangkan..” – Individu Dakwa Tahu Hal Sebenar Wanita Dan 2 Anak Di LRT Setiawangsa

IKLAN

Menerusi hantaran X oleh Mein Mokhtar, seorang wanita berkongsi cerita tentang suaminya yang seakan-akan geli dengan penyakitnya.

Lebih menyedihkan lagi, wanita itu juga difahamkan baru menimang cahaya matanya lima bulan lalu.

Dia cakap saya tak sayang diri sendiri sampai kena diabetes pada usia sekarang. Dia cakap tu penyakit orang tua dan dia macam geli bila tahu saya ‘sangkut’ diabetes.

Sebenarnya selepas bersalin masa buat ujian air gula memang sah diabetes. Penyakit ini tak nak hilang jadi saya terpaksa hidup sebagai pesakit kencing manis.

Tak cukup dengan itu, si suami juga salahkan isteri kerana kuat makan namun dakwaaan itu dinafikan oleh isteri kerana katanya sering jaga pemakanannya dan tidak gemuk.

Lebih kesal, wanita itu juga menjelaskan suaminya tidak pernah menemaninya ketika pemeriksaan kandungan.

Saya sudah terangkan banyak kali tapi dia masih tawar hati. Sedihlah macam ni. Apa salah saya. Saya kena diabetes sebab mengandungkan anak dia juga.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita ini dan ada yang berkongsikan pengalaman.

Alasan saja tu sis. Saya pun kena GDM. dua kali mengandung, dua kali kena. Suami yang tolong jaga makan saya. Itu alasan je dia nak tinggal, jadinya awak buat tak peduli dan tinggalkan dia.

Suami memang taknak awak dah kak. Diabetes tu alasan dua je. Sudah la… angkat kaki je la. Kahwin ni seumur hidup. Susah senang nak hadap sama-sama. Baru sakit sikit suami kau dah macam ada masalah dunia sangat. Lain kali jangan kahwin dengan lelaki bod*h.

Sampai hati si suami sanggup nak cerai sebab isteri sakit ni je. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja buat akak ni.

Kredit: X @meinmokhtar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas