Connect with us

Oh! Media

Rupanya Zaquan Adha Menangis Bukan Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Ada Sebab Lain?

Zaquan Adha

Oh! Tidak

Rupanya Zaquan Adha Menangis Bukan Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Ada Sebab Lain?

Sebelum ini kami ada melaporkan bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak mengumumkan bersara selepas kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung.

ADVERTISEMENT

Menerusi video yang tular sebelum ini, bintang bola sepak profesional itu dilihat menangis dan berkata ini bukanlah pengakhiran yang diidamkan buat ramai netizen sebak.

BACA“Ini Pengakhiran Saya” – Kontrak Tak Disambung, Zaquan Adha Menangis Umum Bersara

Terbaru! Menurut laporan mStar, Zaquan menjelaskan yang dia menangis ketika itu bukanlah disebabkan kontrak yang telah habis, tapi sebab lain. Suspend betul ni!

Menurut suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu, dia menangis sebab tergores hati dengan perkataan bersara yang digunakan.

Dia juga berkata yang bukannya tidak boleh menerima hakikat, tapi dia kecewa apabila jasanya kepada pasukan seperti tidak dihargai.

Mungkin ada orang tidak faham saya menangis bukan kerana tak sambung kontrak tapi sebab perkataan ‘bersara’, perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya.

Kecewa tu memang pasti tak boleh tipu jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap untuk hilangkan rasa kecewa itu tapi apa pun bola sepak tetap dalam hati saya.

Walau bagaimanapun, Zaquan juga mengakui yang pasukan lain ada menawarkannya kontrak baru tapi buat masa ini, dia mahu fokus bantu isterinya berniaga dahulu.

Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan jadi mungkin perlu buka lembaran baru sebagai jurulatih atau sebagai usahawan tapi yang paling penting nak tenang daripada dunia bola sepak, cuma sekarang nak bantu isteri meniaga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas