Connect with us

Oh! Media

“Ini Pengakhiran Saya” – Kontrak Tak Disambung, Zaquan Adha Menangis Umum Bersara

zaquan adha bersara

Oh! Arena

“Ini Pengakhiran Saya” – Kontrak Tak Disambung, Zaquan Adha Menangis Umum Bersara

Siapa tidak kenal dengan bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak yang hampir dua dekat bermain untuk Liga Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hidup Sebagai Pemain Bola, Bila Menang Semua Indah Kata-Kata”

Namun, pemain ini mengumumkan bersara selepas kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung.

Menerusi rakaman yang dimuat naik era.je, bintang bola sepak profesional ini dilihat menangis berkata ini bukanlah pengakhiran yang diidamkan.

Memetik laporan Astro Awani, Zaquan reda rezeki setakat ini sahaja selepas menerima sekeping surat pada malam Ramadan pertama.

Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Kerana mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?

Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak. Pasukan Negeri Sembilan sebenarnya sudah berlatih hampir seminggu tetapi saya tidak dapat apa-apa makluman daripada pihak pengurusan sebelum ini.

Kata penyerang berusia 37 tahun ini lagi, dia seboleh-bolehnya mahu mengakhiri karier bola sepak bersama pasukan Negeri Sembilan. Mengikut perancangan asal, dia mahu terus berkhidmat dalam kejurulatihan skuad itu.

Sebenarnya, sekembalinya saya bersama pasukan Negeri Sembilan – lahirnya saya sebagai pemain bola sepak adalah bersama Negeri Sembilan.

Apabila perkara tidak dijangka ini terjadi, Zaquan merasakan dia tidak akan sertai pasukan lain untuk bermain. Jadi, dia mengumumkan bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

Kerana dunia saya bola sepak. Apabila terjadi macam ini, saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak. Mungkin saya bersaralah.

Terbaru, kembar kepada Aidil Zafuan ini memuat naik hantaran di Instagram memaparkan dirinya sedang menandatangani kontrak. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci mengenai kontrak tersebut.

Beliau hanya mengucapkan syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Meskipun satu pintu rezeki tertutup, Allah SWT hadirkan rezeki melalui pintu lain pula.

Kredit: era.je | Astro Awani | Instagram Zaquan Adha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas