Connect with us

Oh! Media

“Rider Kejar Order, Tanya Pun Salah Ke?” – Viral Peniaga Maki Hamun, Baling Botol Sos Dekat Rider

Rider Burgera

Trending

“Rider Kejar Order, Tanya Pun Salah Ke?” – Viral Peniaga Maki Hamun, Baling Botol Sos Dekat Rider

Di TikTok, viral rakaman video memaparkan seorang peniaga naik angin memaki hamun penghantar makanan (rider) yang bertanya mengenai pesanannya.

BACA: Tular Video Rider Gaduh Dengan Peniaga, Ramai Pertikai Kenapa Tak Boleh Lepak?

Peniaga itu dilihat turut membaling botol sos selepas menyedari aksinya dirakam rider tersebut. Dalam video berdurasi hampir satu minit itu, kedengaran peniaga dan penghantar makanan bergaduh mulut.

IKLAN
@tiktokgraphyofficial behave ye kak..rider kejar oder, tanya pun salah ke 😔 #viral #tiktokviral #foodpanda #shoppefood #grab ♬ original sound – Suprie Belenyon

Peniaga mendakwa rider itu tak sabar dan buat kecoh sedangkan rider lain boleh tunggu. Tetapi rider itu menjawab dia sudah menunggu selama 50 minit di situ.

Dah 50 minit, bukan tak tunggu. Apa yang kecoh, sudah 50 minit saya tunggu.

Peniaga itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata kesat membuatkan orang ramai yang berada di situ tidak berpuas hati.

Seorang lelaki yang berada di situ menegur peniaga supaya berkelakuan baik dengan pelanggan. Dia juga meminta rider batalkan sahaja pesanan.

Burger

Menjelaskan dengan lebih lanjut, rider mendakwa dia memang tahu perangai peniaga itu jadi sebelum ini dia tidak ‘bising’. Pada hari kejadian dia hanya bertanya memandangkan nombor pesanan selepasnya sudah siap.

Macam-macam hal. Diharapkan kejadian macam ni tak berulang lagi. Iyalah masing-masing mencari rezeki yang halal.

Kredit: TikTok panda_rider

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas