Connect with us

Oh! Media

wartawan

Oh! Tidak

Ramai Tak Puas Hati Dengan Wartawan Aju Soalan Tanpa Henti Dekat Anak Sulung Kehilangan 6 Sekeluarga

Kejadian kemalangan maut melibatkan enam sekeluarga membuatkan ramai berasa sebak. Bagaimanapun, anak sulung keluarga ini terselamat kerana tidak menaiki kenderaan tersebut dan seorang lagi adiknya masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sememangnya kejadian ini membuatkan remaja berumur 19 tahun yang bernama Abdur Rahman berasa terkejut kerana tidak menyangka akan hilang ahli keluarga sekelip mata.

IKLAN

Abdur juga dilihat sangat lemah dan tidak bermaya selepas mengimamkan solat jenazah keluarganya. Bagaimanapun, tindakan pihak wartawan yang tanpa henti bertanya soalan kepada Abdur di saatnya sedang lemah membuatkan ramai tak puas hati.

Dapat didengari dalam video tersebut, wartawan mengajukan soalan berkenaan pesanan terakhir yang disampaikan oleh arwah ibu kepadanya serta bertanya jika Abdur Rahman mempunyai perasaan pelik sebelum insiden berlaku.

Dengan soalan-soalan yang diajukan, kelihatan remaja terbabit cuba menahan sebak sebaik mungkin kerana tidak mahu menangis di hadapan kamera.

Susulan itu, ramai berpendapat wartawan tidak sepatutnya bertanya terlalu banyak soalan terhadap remaja yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tercinta dan meminta agar cuba sedaya upaya untuk jaga perasaan keluarga mangsa.

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas