Connect with us

Oh! Media

PR Singapura Dikesan Cuba Isi RON95 Dengan Sorok Nombor Plat

Ohmedia singapura

Oh! Tidak

PR Singapura Dikesan Cuba Isi RON95 Dengan Sorok Nombor Plat

Lelaki PR Singapura disiasat lepas tutup nombor plat cuba isi RON95 di Kulai.

Pemilik kenderaan bernombor plat Singapura kantoi bila cuba sorok dua huruf pada nombor pendaftaran semata-mata nak isi minyak RON95 di Johor. Bukan rakyat tempatan pula tu, tapi rupa-rupanya dia ni pemegang status Penduduk Tetap (PR) Singapura.

Video kejadian ni sempat dirakam orang awam dan terus tular di media sosial. Ramai yang bengang bila nampak dia ‘main helah’ macam tu semata-mata nak jimat minyak.

Pemilih kenderaan dikesan berada di Singapura

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee sahkan pihaknya dah berjaya kenal pasti lelaki tu.

IKLAN

Pemilik sudah berjaya dikesan dan kini berada di Singapura. Dia sudah dihubungi untuk hadir segera bagi membantu siasatan.- Katanya.

Kes ni sedang disiasat di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat tu, individu yang merakam mendakwa lelaki tersebut menutup huruf pertama dan terakhir pada nombor plat Singapura.

Nampaknya ini mungkin taktik baru untuk elak dikesan dan buat nombor tu nampak macam plat Malaysia. Bila diajak berbual, lelaki tu pula mendakwa dirinya rakyat tempatan dan terus cuba tinggalkan stesen minyak tu.

Pengusaha stesen minyak juga dikenakan tindakan

Bukan pemilik kenderaan je yang kena, malah pengusaha stesen minyak tempat kejadian pun dikenakan tindakan. Menurut Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, tindakan diambil kerana melanggar Subperaturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Minyak RON95 disubsidi oleh kerajaan dan hanya untuk rakyat Malaysia je. Kenderaan asing memang tak dibenarkan isi, tak kiralah ada status PR ke apa.

Pssttt! Harap korang jangan ambil mudah bab subsidi ni. Tindakan macam ni bukan je menyalahi undang-undang, tapi juga boleh jejas hak rakyat kita sendiri. Jadi, kalau korang nampak perkara macam ni berlaku depan mata, jangan segan-segan untuk rakam sebagai bukti dan laporkan pada pihak berkuasa ok.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas