Connect with us

Oh! Media

Kantoi Isi RON95! Kes Kereta Singapura Ubah Nombor Plat Disiasat Pihak Berkuasa

Ohmedia ron95 Kereta

Trending

Kantoi Isi RON95! Kes Kereta Singapura Ubah Nombor Plat Disiasat Pihak Berkuasa

KPDN Johor kini sedang menyiasat dakwaan RON95 bersubsidi disalahguna warga Singapura.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman memaparkan seorang individu disyaki dengan nombor plat Singapura sedang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak.

Pemilik video mendakwa nombor plat kenderaan itu telah diubah dengan menutup huruf pertama dan terakhir.

Apabila ditegur, individu itu berkata dia adalah rakyat tempatan dan terus bergegas meninggalkan lokasi.

IKLAN

Tutup nombor plat kereta macam kereta tempatan

@malaysiagazette

Tular sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo ketika dihubungi berkata, siasatan akan dilakukan terhadap kes itu. Video: Media Sosial malaysiagazette minyaksubsidi KPDNJohor

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata aduan telah dibuat melalui sistem rasmi dan pasukan penguat kuasa telah digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

Sekarang ini kita masih menunggu laporan dan hasil siasatan. Maklumat terkini akan dikemas kini nanti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee memaklumkan pihak polis akan mengambil tindakan saman sekiranya nombor pendaftaran kenderaan tersebut didapati menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Pssttt! Isu penyalahgunaan minyak bersubsidi bukan perkara remeh kerana ia melibatkan hak dan kepentingan rakyat. Jika benar wujud cubaan mengaburi pihak berkuasa, tindakan tegas perlu diambil agar subsidi negara tidak terus disalah guna.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas