Connect with us

Oh! Media

Persiapan Hari Raya Hilang Sekelip Mata, 5 Kediaman Musnah Terbakar 100 Peratus Akibat Mercun Bola

kebakaran

Trending

Persiapan Hari Raya Hilang Sekelip Mata, 5 Kediaman Musnah Terbakar 100 Peratus Akibat Mercun Bola

Sedih bila tengok kejadian macam ni berlaku lagi-lagi bila ia berpunca dari kecuaian orang lain. Pagi tadi kira-kira jam 9.35 pagi berlaku kebakaran melibatkan lima kediaman musnah 100 peratus dan empat buah rumah lagi musnah 20 peratus di Berek 12, Kota Bharu.

ADVERTISEMENT

Ini bermakna lima keluarga berputih mata melihat segala persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri musnah dan hilang tempat berlindung.

Ada orang baling mercun bola atas atap rumah.

Apa yang membuatkan orang ramai marah apabila kebakaran ini berpunca daripada tindakan membaling mercun bola. Menurut salah seornang mangsa, Noraiza Salleh ketika itu sedang menyapu ruang tamu dan terdengar bunyi letupan mercun di atas atap rumah ibunya, Zaharah Mat yang berjiran dengannya.

Pada mulanya saya tidak mengendahkan bunyi tersebut namun, kali kedua bunyi letupan itu lebih kuat, saya pun tinjau keluar dan terkejut apabila api sudah menjulang dari dalam bilik kediaman ibu di tingkat atas. 

Saya meluru ke kediaman ibu dan cuba tendang pintu bilik ibu kerana risau keadaannya. Mungkin ibu tidur selepas menyiapkan hidangan kuih untuk jualan. Kemudian saya pimpin ibu keluar dari rumah. – Kongsi mangsa.

Api marak sangat cepat menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan dokumen penting dan harta benda termasuk wang tunai sebanyak RM4,000 yang lenyap sekelip mata.

Persiapan meniaga nasi kerabu untuk hari raya kedua musnah.

Seorang lagi mangsa, Che Nab Che Jaafar yang tinggal bersama tiga orang anaknya termasuk seorang OKU turut melalui detik cemas sama yang terdengar bunyi letupan mercun bola.

Sebelum kejadian, saya dengar bunyi letupan kuat seperti mercun bola. Tidak sampai lima minit kemudian, saya nampak asap hitam dan terdengar anak saudara yang juga tinggal berdekatan menjerit meminta tolong.

Lebih menyedihkan persediaan jualan nasi kerabu untuk hari raya kedua musnah, termasuk 100 ekor ayam sejuk beku yang diletak dalam peti ais. Selain itu wang tunai RM500 turut terbakar.

Rasa geram nak tahu siapa yang kurang ajar bakar mercun bola dan baling ke arah rumah orang ni. Harap pihak bomba dan polis dapat mencari punca dan pelaku. Semoga semua mangsa tabah dengan ujian berat ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas